ISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 8:25
PM
Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz
Subri ketika menentang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau
Pinang. - Foto Danial Saad KUALA LUMPUR:
Mohd Faiz Subri tampak berada
di posisi pertama untuk layak ke pusingan penentuan tiga jaringan terbaik bagi
Anugerah Puskas menerusi proses pengundian yang akan berakhir pada 2 Disember
ini. Walaupun jumlah undian untuk anugerah itu tidak didedahkan, video rasmi
pencalonan bagi Mohd Faiz sudah mencecah 1.22 juta dan ia jauh mendahului
sembilan lagi calon lain termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar.
Sehingga jam 6 petang tadi, video jaringan
'menakjubkan' Mohd Faiz ditonton 1,225,706 pelayar internet sejak dimuat naik
enam hari lalu. Jaringan pemain Brazil, Marlone di tempat kedua dengan ditonton
855,407 pelayar manakala Messi (845,503) dan Neymar (826,353)
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/217744
Tiada ulasan:
Catat Ulasan