Jumaat, 23 Disember 2016

FAM taja tiket Faiz Subri, isteri dan dua anak ke Zuric

15 DISEMBER 2016
 Mohd Faiz Subri
Mohd Faiz Subri Faiz Subri. - Foto Official Website of Penang Football Association
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 pada 9 Januari depan.

Setiausaha Agung FAM, VDatuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan untuk isteri pemain Pulau Pinang itu, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

Mereka akan ditemani Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah ke majlis anugerah berkenaan.

"Penajaan tiket penerbangan itu adalah sebagai menghargai kejayaan Mohd Faiz mencipta sejarah menjadi pemain pertama Malaysia tercalon bagi anugerah tahunan gol tercantik iaitu Anugerah Puskas FIFA," kata Hamidin menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, FAM juga sudah menerima surat rasmi daripada FIFA berhubung butiran lengkap aktiviti dan program sepanjang majlis anugerah berkenaan.

Pada 2 Disember lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan

gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas bersama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Marlone, 24 dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar Jr dan James Rodriguez. – Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 15 DISEMBER 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan