MOHD. FIRDAUS ISMAIL | 02
Disember 2016 10:52 PM
PULAU PINANG 2 Dis. - Pemain
skuad Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri terkejut apabila berjaya menjadi tiga
calon akhir Anugerah Fifa Puskas tahun ini.
Mohd. Faiz , 29, berkata, dia
secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang
mengundi jaringannya menerusi laman web Fifa.
Katanya, dia terharu kerana
berjaya meletakkan nama negara pada anugerah utama bola sepak dunia dan
berharap impian untuk menjadi pemain tempatan pertama memenangi trofi Puskas
menjadi kenyataan.
"Terima kasih kepada
Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) yang menghantar video jaringan berkenaan,
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin yang turut mengundi dan seluruh rakyat Malaysia, "
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menerusi senarai yang diumumkan
sebentar tadi, pemain kelahiran Air Itam, Kedah itu tersenarai bersama pemain
Brazil yang mewakili kelab Corinthians, Marlone dan pemain wanita , Daniuska
Rodriguez dari Venuezuela .
Pemenang akan diumumkan dalam
satu majlis di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.
Jaringan berkenaan dilakukan
menerusi sepakan percuma yang disifatkan sebagai melawan hukum fizik itu oleh
bekas pemain kebangsaan itu ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 4 - 1 di
Stadium Bandaraya.
Mengulas mengenai peluang untuk
menang, dia berkata, harapan kini tersandar kepada seluruh penyokong tempatan
dan berharap mereka akan terus mengundinya.
" Sekiranya menang, ia
bukan hanya mewakili diri saya tetapi seluruh rakyat khususnya penyokong bola
sepak tempatan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
sumber- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/faiz-terus-harap-sokongan-1.415378#sthash.L9nyxviQ.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan