AHAD, 18 DISEMBER 2016 @ 5:52
PM
FAIZ menerima penajaan pakaian
'suit' bagi menghadiri Malam Anugerah Bola Sepak Persekutuan, Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) 9 Januari depan. - Foto Danial Saad KUALA
LUMPUR: Calon Anugerah Puskas,
Mohd Faiz Subri, menerima penajaan pakaian 'suit' bagi menghadiri Malam
Anugerah Bola Sepak Persekutuan, Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 9 Januari
depan.
Menerusi kenyataan di laman
sosial Facebook Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FA Penang) sebentar tadi,
penyerang Pulau Pinang itu kini berada di ibu negara untuk sesi mengambil
ukuran untuk pakaian berkenaan.
"Calon akhir ANUGERAH
PUSKAS FIFA 2016, Faiz Subri hari ini berada di ibu negara untuk sesi ukuran
bagi tajaan pakaian suit dari Kinslager untuk majlis itu kelak. "Tajaan
pakaian ini adalah dari hasil usaha gigih yang dilakukan oleh unit pemasaran
Persatuan Bolesepak Pulau Pinang mencari tajaan setelah mendapat berita
mengenai kejayaan Faiz tercalon ke peringkat akhir," menurut kenyataan FA
Penang.
Minggu lalu, Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan menaja tiket penerbangan kelas perniagaan
kepada isteri Mohd Faiz, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif
Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Sebelum itu, Penaung Persatuan
Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan
Ibrahim, berkenan memberikan kurniaan sebanyak RM15,000 di atas kejayaannya
berada dalam kelompok tiga calon terbaik Anugerah Puskas 2016.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/225070
Tiada ulasan:
Catat Ulasan