Jumaat, 20 Disember 2019

Faiz terlepas pertahan Puskas


Simpan Artikel
MyMetroUtama
 
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemenang Anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri tidak terkilan meskipun gagal untuk berada dalam senarai calon merebut anugerah gol tercantik itu tahun ini.

Senarai 10 calon penjaring gol tercantik tahun ini sudah diumumkan Persekutuan Bolasepak Antrabangsa (FIFA) dan kali ini tiada calon dari Malaysia mahupun Asia berada dalam senarai itu.

Mereka yang dicalonkan adalah Kevin-Prince Boateng dari Ghana, Alejandro Camargo (Argentina), Deyna Castellanos (Venezuela), Moussa Dembele (Perancis), Olivier Giroud (Perancis), Aviles Hurtado (Colombia), Mario Mandzukic (Croatia), Oscarine Masuluke (Afrika Selatan), Nemanja Matic (Serbia) dan Jordi Mboula (Sepanyol).

Faiz, 29, mengakui berhajat untuk mempertahankan gelaran dimenangi di Zurich, Switzerland, Januari lalu, namun misi dia sebenarnya adalah untuk membantu kemenangan Pulau Pinang bagi kekal dalam saingan Liga Super.

“Memang saya berusaha juga untuk menjaringkan gol cantik tahun ini tapi tidak terlalu berharap kerana paling penting adalah gol untuk pasukan Pulau Pinang. Saya tidak kisah asalkan dapat jaring gol bantu pasukan.

“Agak mengecewakan sebab kedudukan Pulau Pinang ketika ini agak sukar untuk kekal dalam Liga Super tapi kami akan cuba lakukan yang terbaik dalam dua lagi perlawanan terakhir,” katanya yang hanya menjaringkan dua gol liga musim ini kepada Arena Metro.

Faiz melakar sejarah apabila muncul pemain Malaysia dan Asia pertama memenangi Anugerah Puskas selepas jaringan ajaibnya yang dikatakan melanggar hukum fizik mendapat undian tertinggi peminat bola sepak seluruh dunia.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu menjaringkan gol berkenaan ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu.

Faiz sudah menonton video 10 gol terbaik yang dicalonkan tahun ini dan dia memilih jaringan penjaga gol Baroka-Orlando Pirates Masuluke dan penyerang Arsenal Giroud untuk bersaing merebut trofi itu.

“Pada saya jaringan penjaga gol (Masuluke) dan Giroud paling menarik,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 4:00 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan