KUALA LUMPUR: Jumlah penonton
rakaman video jaringan ajaib pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di
laman YouTube, mencecah lebih 2 juta tontonan ketika saingan untuk Anugerah
Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 tinggal hanya 22 hari
lagi.
Dengan pemenang akan diumumkan
pada Malam Anugerah Bola Sepak FIFA, 9 Januari ini, jaringan Mohd Faiz terus
mendapat sokongan penyokong bola sepak dunia apabila ditonton 2,091,228 pelayar
setakat jam 12 tengah malam tadi.
Bilangan tontonan itu sudah
cukup membuktikan betapa jaringan penyerang Pulau Pinang itu menjadi pilihan di
seluruh dunia dengan jauh meninggalkan dua pencabar utama iaitu Marlone dari
Brazil dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Marlone yang menghasilkan
jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa
Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,326,851
tontonan.
Sementara itu, video jaringan
rasmi Daniuska pula kian mengejar Marlone apabila penyerang Venezuela itu
berjaya menarik 1,033,581 tontonan dan dijangka dapat menghampiri jumlah
tontonan penyerang Brazil itu ketika hari-hari terakhir pengundian.
Mohd Faiz, 29, muncul pemain
Asia pertama dicalonkan dalam senarai tiga jaringan terakhir selepas
mengenepikan pemain terbaik dunia Lionel Messi dan Neymar. Anugerah Puskas FIFA
dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga
gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.
Peminat masih boleh membuat undian di pautan
http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html Info
Setakat jam 12 tengah malam tadi Mohd Faiz 2,091,228 tontonan Marlone 1,326,851
tontonan Daniuska 1,033,581 tontonan
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/224901
Tiada ulasan:
Catat Ulasan