DISEMBER 2016
Kuala Lumpur: Kejayaan Mohd
Faiz Subri yang terpilih sebagai antara tiga calon terakhir untuk Anugerah
Puskas 2016 terus mendapat perhatian.
Terbaharu, Penaung Persatuan
Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim
(gambar) menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers mengumumkan pemberian
sumbangan RM15,000 buat pemain Pulau Pinang itu.
Menerusi laman web berkenaan, Tunku
Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menganggap
sumbangan berkenaan sebagai penghargaan kepada Faiz yang mengharumkan nama
negara.
“Ia tidak ada sebarang kaitan
dengan spekulasi mengenai dia akan menyertai Johor DT musim depan,” kata
kenyataan itu.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 8:07 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan