Khamis, 22 Disember 2016

Faiz harap dapat bawa keluarga ke Zurich

 RABU, 7 DISEMBER 2016 @ 5:49 PM
Oleh Azidan Nahar azidan@bh.com.my CALON Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri. - Foto Danial Saad KUALA LUMPUR: Calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri berharap akan dapat membawa keluarganya bagi menghadiri Malam Anugerah Bola Sepak, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Mohd Faiz yang sudah tersenarai dalam tiga calon terakhir, berkata setakat ini dia masih menanti perkembangan terkini daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya masih menantikan perkembangan mengenainya (ke Zurich), mungkin minggu depan ada berita terbaharu," katanya ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi. Bagaimanapun Mohd Faiz berkata, jika diberi peluang dia mahu membawa isteri serta dua anaknya yang masing-masing berusia empat tahun dan tujuh bulan.

 "Ingat nak bawa keluarga tetapi semuanya bergantung kepada perancangan FAM dan FAP, saya perlu lihat dulu bagaimana," katanya. Mohd Faiz, 29, menjadi pemain Asia pertama tersenarai dalam tiga calon terakhir anugerah berkenaan dan calon ketiga dari Asia disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas sejak 2009.

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti seorang lagi pemain Jepun, Hisato Sato pada 2014.


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221274

Tiada ulasan:

Catat Ulasan