Khamis, 22 Disember 2016

2 juta tonton gol ajaib Faiz di YouTube

ISNIN, 12 DISEMBER 2016 @ 1:17 PM
 
KUALA LUMPUR: Jumlah tontonan video jaringan ajaib Mohd Faiz Subri di laman YouTube yang dicalon bagi anugerah berprestij, Puskas akhirnya mencecah lebih 2 juta, hari ini. Menjelang hari pengumuman anugerah terbabit pada 9 Januari depan, gol yang disifatkan pengkritik bola sepak ternama dunia melanggar hukum fizik itu terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,004,347 setakat 12 tengah hari tadi.

Bilangan tontonan itu jauh meninggalkan dua pencabar utama iaitu Marlone dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Marlone yang menghasilkan jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,278,205 tontonan.

Sementara itu, video jaringan rasmi Daniuska Rodriguez masih belum mencecah 1 juta tontonan daripada peminat dari seluruh dunia untuk keseluruhan 992,193 tontonan. Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966. Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland. Faiz, 29, menjadi pemain Asia ketiga dan pertama daripada Asia Tenggara disenaraikan pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas.

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti Hisato Sato dari Jepun pada 2014. Peminat boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html Pautan laman Youtube Faiz di https://youtu.be/4lRTLRCuGkE

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/223046

Tiada ulasan:

Catat Ulasan