Tidak dapat pakai baju Melayu
28 Disember 2016 12:05 AM
Mohd. Faiz Subri
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Calon
anugerah Puskas, Mohd. Faiz Subri mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk
memakai pakaian tradisional, baju Melayu di Zurich, 9 Januari depan kerana
perlu menghormati kod pemakaian majlis anjuran Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) itu.
Kata Mohd. Faiz, biarpun
sedikit kecewa tidak dapat memakai baju Melayu, namun dia tetap akan membawa
pakaian tersebut ke Zurich dan berusaha mendapatkan pertimbangan terakhir
penganjur ketika di sana bagi membolehkannya menyarung pakaian tradisional
tersebut.
Tambah Mohd. Faiz, pihak FIFA
menerusi jemputan rasmi telah memaklumkan kepadanya agar menyarung sut hitam
pada majlis tersebut.
“Saya juga telah menempah suit
yang ditaja oleh Kinslager dan kemungkinan besar akan memakai sut tersebut
seperti yang diminta oleh penganjur berhubung kod pemakaian.
“Dalam masa sama saya juga akan
membawa dua persalinan lengkap baju Melayu ke Zurich dan sekiranya dibenarkan
untuk memakainya saya akan terus memakainya sekiranya tidak maka tiada apa yang
boleh dilakukan selain menghormati permintaan penganjur FIFA,” katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mohd. Faiz
mengimpikan untuk hadir di Zurich dengan mengenakan baju Melayu andai mendapat
kebenaran FIFA selain akan bertutur dalam bahasa kebangsaan sekiranya memenangi
anugerah Puskas tersebut.
Ketika ini, Mohd. Faiz
memberitahu persiapannya untuk majlis tersebut berjalan lancar dan memaklumkan
akan bertolak ke Zurich pada 8 Januari 2017.
“Persiapan telah dibuat dan itu
membuatkan saya lebih tenang sekali gus dapat memberikan fokus kepada
persediaan bersama Pulau Pinang untuk menghadapi musim baharu,” kata Mohd.
Faiz.
Pada 9 Januari ini, Mohd. Faiz
akan bersaing dengan dua lagi calon iaitu Marlone dari Brazil dan wakil
tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela
sumber- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tidak-dapat-pakai-baju-melayu-1.425095#sthash.2lycC7Rm.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan