DISEMBER 2016
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 DISEMBER 2016
Mohd Faiz Subri Mohd Faiz Subri
. FOTO : AFIQ RAZALI
NAIB Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berpandangan impian dan hasrat
Mohd Faiz Subri untuk membawa keluarganya bagi menghadiri Malam Anugerah Bola
Sepak, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich perlu
dipertimbangkan oleh badan induk negara itu.
Takiyuddin berkata, FAM perlu
memberi peluang itu kepada keluarga Mohd Faiz kerana pemain Pulau Pinang itu
telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Majlis tersebut akan berlangsung
di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan dengan Mohd Faiz tersenarai dalam
kalangan tiga calon untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.
"Sebagai Naib Presiden,
FAM perlu menaja dengan membawa keluarga Faiz untuk menemaninya bagi hadiri
anugerah itu nanti.
"Apa pun, ia bergantung
kepada Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana saya tak boleh buat
sebarang keputusan," katanya kepada pemberita di Hotel Premiera, di sini,
har ini.
Sebelum ini, Mohd Faiz
meluahkan hasrat untuk membawa isteri serta dua anaknya yang masing-masing
berusia empat tahun dan tujuh bulan bagi menghadiri Malam Anugerah tersebut.
Mohd Faiz, 29, menjadi pemain
Asia pertama tersenarai dalam tiga calon terakhir anugerah berkenaan dan calon
ketiga dari Asia disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas sejak 2009.
Kumi Yokoyama yang bermain
untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat
10 terbaik diikuti seorang lagi pemain Jepun, Hisato Sato pada 2014.
Selain Mohd. Faiz, dua lagi
calon untuk anugerah tersebut ialah pemain Cortinthians dari Brazil, Marlone
dan Daniuska Rodriguez (AFF San Diego/Venezuela).
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 9
DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan