Khamis, 22 Disember 2016

Tontonan video jaringan Faiz jauh atasi Marlone

KHAMIS, 8 DISEMBER 2016 @ 3:35 PM
 
KUALA LUMPUR: Jumlah penonton rakaman video jaringan ajaib pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di laman YouTube, hari ini terus meningkat dan jauh mendahului jumlah tontonan dua lagi pencabar Anugerah Puskas 2016. Sehingga 2 petang tadi, video sepakan percuma Faiz yang dianggap melanggar hukum fizik itu sudah mencapai jumlah 1,948,058 tontonan, peningkatan 31,073 tontonan berbanding semalam.

Ia jauh mengatasi dua pencabar utamanya, Marlone dari Brazil di mana video jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,249,829 tontonan berbanding semalam.

Seorang lagi calon yang pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez masih belum mencapai sejuta tontonan iaitu 971,312 dengan proses undian akan terus berjalan kira-kira lebih sebulan. Jaringan Faiz tersenarai selaku tiga calon akhir bagi anugerah berprestij terbabit dengan pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Faiz, 29, menjadi pemain Asia ketiga dan pertama daripada Asia Tenggara disenaraikan pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas. Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti Hisato Sato dari Jepun pada 2014.

Sebagai rekod, Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966. Peminat boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221609

Tiada ulasan:

Catat Ulasan