BERNAMA
Kuala Lumpur: Video jaringan
Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Puskas
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, kini melebihi dua juta
tontonan di laman YouTube.
Setakat jam 9 malam hari ini,
video yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 November lalu, sudah
ditonton 2,008,834 pelayar seluruh dunia.
Jumlah tontonan itu jauh
meninggalkan dua lagi pesaing utama untuk anugerah berkenaan iaitu Jonath
Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka
Rodriguez dari Venezuela.
Azevedo yang menjaringkan gol
melalui aksi sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat
kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, di tempat kedua
dengan jumlah tontonan 1,277,976.
Video aksi solo memukau
Rodriguez menggelecek tiga pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia
pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun di tempat ketiga dengan
jumlah tontonan 991,982.
Peminat tempatan masih
berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA,
www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di
Zurich, Switzerland, pada 9 Januari depan.
Anugerah Puskas dinamakan
sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran
Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak pertama kali
diperkenalkan pada 2009, anugerah bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang
tahun itu dimenangi beberapa bintang dunia, antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan
Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 9:15 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan