09 Disember 2016 9:26 PM
Slug: Penang vs drb
hicom.GEORGETOWN 18 OGOS 2015 - PEMAIN Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri meraikan
jaringannya dalam perlawanan Piala Perdana menentang DRB Hicom di Stadium
Bandaraya Pulau Pinang dekat sini hari ini. Gambar: Sazali Che Din.Pemberita:
Azeli Ali (Utusan Malaysia).NOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA18 FEBRUARI
2016KHAMISMUKA
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar menaja Mohd Faiz Subri ke Anugerah Puskas
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich pada Januari depan,
selepas jaringan pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan
terbaik dunia.
Naib Presiden FAM Datuk
Takiyuddin Hassan berkata pencalonan tersebut adalah sesuatu yang membanggakan
negara dan ia jarang berlaku apabila pemain Malaysia terpilih antara tiga
terbaik dunia bagi menerima anugerah itu.
"Pada pandangan saya, bagi
Mohd Faiz ini, FAM perlu menaja beliau ke sana (Zurich) bersama keluarganya
kerana ia merupakan perkara yang jarang berlaku.
"Memang dia (Mohd Faiz),
daripada seluruh dunia hanya tiga dipilih dalam Anugerah Puskas itu dan saya
amat bersetuju beliau ditaja FAM dalam perkara ini," katanya ketika
ditemui pemberita di sesi dialog rakyat bertajuk 'Sehati Sejiwa Memerangi
Rasuah' di sini hari ini, bersempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa
yang disambut di seluruh negara.
FIFA menerusi laman web
rasminya, www.fifa.com pada 2 Dis lepas mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz
tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan bersama-sama pemain
kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil
tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela. Peminat bola sepak tempatan
masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA,
www.fifa.com sebelum pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di
Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan. - BERNAMA
SUMBER- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/terkini/fam-wajar-taja-mohd-faiz-1.418224#sthash.lCSzi10l.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan