Video sepakan menarik Faiz
menjadi pilihan peminat menonton di Youtube. FOTO HM
BERNAMA
Kuala Lumpur: Angka melebihi
satu juta iaitu seramai 1,348,827 penonton menyaksikan video gol ajaib jaringan
Mohd Faiz Subri setakat jam 2 petang, hari ini.
Angka itu sekaligus mengatasi
jumlah tontonan jaringan Lionel Messi dan Neymar.
Jaringan pemain Pulau Pinang
itu tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk dipilih menerima
Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Gol sepakan gunting pemain
kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone mengekori di tempat kedua dengan
885,572 kali tontonan sementara gol sepakan percuma Messi di tempat ketiga
dengan 879,423 tontonan.
Calon lain bagi anugerah itu
adalah Mario Gaspar (Villareal/Sepanyol), Hlompho Kekana (Mamelodi
Sundowns/Afrika Selatan), Saul Niguez (Atletico Madrid/Sepanyol), Hal
Robson-Kanu (West Bromwich Albion/Wales), Simon Skrabb (Gefle IF/Finland) dan
Daniuska Rodriguez (Venezuela).
Persekutuan Persatuan Bolasepak
Antarabangsa (FIFA) menerusi laman web rasminya www.fifa.com pada 19 Nov lalu
menyenarai pendek 10 gol menarik dari tempoh 30 September 2015 hingga 30
September 2016 untuk menerima Anugerah Puskas FIFA.
Tiga jaringan terbaik mendapat
undian tertinggi akan melalui pula proses undian kedua yang pemenangnya akan
diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari
tahun depan.
Peminat bola sepak tempatan
berpeluang mengundi gol jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA di
www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/ yang undiannya ditutup
hari ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 4:05 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan