DISEMBER 2016
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
6 DISEMBER 2016
16 pemain Harimau Kumbang musim
2016 kekal Lobo (kanan) antara pertahanan utama Pulau Pinang sejak tahun 2015
yang kekal pada musim hadapan bersama pasukan. -Foto ZAMZURI BAKAR
SEBANYAK 16 pemain pada musim
ini dikekalkan oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) bagi menghadapi
saingan Liga Malaysia bagi musim 2017.
Memetik laman web rasminya,
pemain-pemain tersebut bersetuju untuk terus bersama Harimau Kumbang termasuk
pertahanan import, Reinaldo Lobo yang merupakan tonggak utama pasukan sebelum
ini.
Manakala tiga lagi import itu
iaitu ketua pasukan,Matias Cordoba, Rantin Martin dan Jeoung Seouk tidak lagi
bersama Pulau Pinang.
15 lagi pemain yang kekal
adalah Elias Sulaiman, Faizat Ghazali, Failee Ghazali, Darwira Sazan, Syukur
Saidin, Abdul Qayyum, Redzuan Suhaidi, Sani Anuar Kamsani, Syamer Kutty Abba, S
Kumaahran, Jafri Firdaus Chew, Azrul Ahmad, Mafry Balang, Rafiuddin Roddin dan
Faiz Subri.
Tambah FAP, proses pemilihan
baharu pada fasa terakhir dan akan diumumkan selepas semua perkara membabitkan
kontrak selesai.
"Pihak pengurusan akan mengumumkan
pemain-pemain baharu dalam masa terdekat setelah rundingan kontrak dan
pemeriksaan kesihatan selesai," katanya.
Pengumuman itu sedikit-sebanyak
meredakan kebimbangan penyokong Pulau Pinang mengenai persiapan pasukan selepas
pelantikan bekas pemain Manchester United, Ashley Westwood sebagai pengendali
baharu Pulau Pinang bagi musim 2017
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 6
DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan