Selasa, 10 Januari 2017 |
2:22pm
Kongsi artikel
Akaun Facebook JDT, Johor
Southern Tigers (JST), hari ini.
KUALA LUMPUR: Tunku Ismail
Sultan Ibrahim menyanggah kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang
menyifatkan kejayaan pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah
Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 sebagai penanda aras
baharu dalam bola sepak negara.
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul
Ta'zim (JDT) itu, sama sekali tidak setuju dengan kenyataan itu apabila
menyifatkan bola sepak Malaysia masih jauh ketinggalan, terutama membabitkan
isu korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan berbanding Thailand,
Vietnam, Filipina atau Indonesia yang semakin meningkat maju.
"Saya dan kelab saya tidak
mahu tergolong dalam golongan mentaliti orang-orang Malaysia.
"Ini adalah pencapaian
individu yang bagus tetapi di manakah bola sepak tanah air sekarang ini dari
segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan berbanding pasukan
seperti Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju?
"Jadi, apa yang perlu saya
banggakan? Benar pencapaian Faiz Subri adalah bagus tetapi apabila FAM membuat
kenyataan bahawa pencapaian tersebut adalah tanda aras baharu bola sepak
Malaysia, saya tidak setuju," kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam
kenyataan menerusi akaun Facebook JDT, Johor Southern Tigers (JST), hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung
FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata kejayaan Mohd Faiz menjadi penanda aras
baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk mencapai kecemerlangan di persada
antarabangsa.
Katanya, kejayaan itu
membuatkan lebih ramai pemain lain akan berusaha untuk mencapai kejayaan di
pentas dunia.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail
menegaskan, tanda aras baharu dalam bola sepak tanah air adalah JDT.
Katanya, ia berdasarkan pencapaian
kelab itu menerusi Piala AFC, selain bagaimana dunia luar mengenali JDT dan
memberi pengiktirafan tinggi terhadap projek yang dilakukan pihak pengurusan
secara profesional.
"JDT sepatutnya menjadi
contoh kelab yang perlu diikuti oleh semua pasukan dalam negara. Bukannya
meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras.
"Saya lebih bangga memberi
pengiktirafan kepada pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh,
Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee
Sali, Badrol Radzi, Indraputra, Khairul Fahmi dan Hairuddin Omar kerana mereka
bukan saja menjaringkan gol setiap musim tetapi banyak mencapai kejayaan di
dalam kelab dan memberi sumbangan kepada pasukan negara.
"Saya masih mengiktiraf
pencapaian Faiz Subri tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit
seperti media cetak dan laman-laman media sosial serta rakyat Malaysia lakukan
sekarang ini.
"Sikap beginilah seseorang
manusia itu berasa selesa dan cepat berpuas hati," katanya yang turut
mengucapkan tahniah kepada Mohd Faiz.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
10 Januari 2017 | 2:22pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan