KHAMIS, 2 FEBRUARI 2017 @ 2:44
PM
Oleh Faizul Azlan Razak
bhsukan@bh.com.my MOHD Faiz Subri dan Mohd Hasbullah Awang. KUALA TERENGGANU:
"Kami tidak gerun dengan kelibat Mohd Faiz Subri (pemenang Anugerah Puskas
Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2016)," kata kapten T-Team, Mohd
Hasbullah Awang.
"Misi kami hanya mahu
menang untuk menebus semula kesilapan ketika dibelasah Pahang 5-0 minggu
lalu," katanya menjelang pertemuan T-Team dengan Pulau Pinang dalam aksi
Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini. Pemain
pertahanan itu berkata, mereka tidak mahu hanya menumpukan kepada Mohd Faiz
sebaliknya perlu mengawasi semua pergerakan pemain Pulau Pinang. Apa yang
penting baginya ialah pemain yang diturunkan ketua jurulatih, Rahmad Darmawan
nanti dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya.
"Mohd Faiz pernah bersama
T-Team sebelum ini dan kami sudah tahu gaya permainan. Selain kunci pergerakan
Mohd Faiz, kami akan fokus terhadap pemain lain terutama pemain import
mereka," katanya kepada BH Online.
Mohd Hasbullah menegaskan
kemenangan ke atas Pulau Pinang penting untuk mengelakkan jurang mata jauh
tertinggal dengan pasukan lain walaupun aksi hanya akan memasuki perlawanan
kedua. Katanya, mereka bertanggungjawab di atas kekalahan besar di tangan Tok
Gajah di Stadium Darul Makmur dan akan berusaha menebus semula kesilapan
berdepan Harimau Kumbang.
"Lupakan aksi buruk di Kuantan dan kami
perlu bangkit di laman sendiri. "Hanya kemenangan saja mampu mengubati
duka dan saya yakin ketua jurulatih (Rahmad Darmawan) juga sudah ada
perancangan untuk perlawanan Sabtu ini," katanya
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/243068