ARKIB : 08/06/2008
KUALA TERENGGANU - Naib juara
bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) dua tahun lalu, Kedah meraih pingat gangsa
selepas menewaskan Pulau Pinang 3-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Bagi jurulatih Kedah, Muhammad
Ramlee, kemenangan tersebut mengubat kehampaan selepas kandas sasaran ke final
kejohanan kali ini di separuh akhir apabila tunduk 3-0 kepada penyandang juara,
Terengganu.
Menurut Muhammad, tempat gangsa
itu sekurang-kurangnya Kedah tidak pulang tangan kosong.
''Memang kita hampa sebab gagal
ke perlawanan akhir dan ia masih dirasakan sehingga kini oleh para pemain.
''Sebagai menebus kehampaan,
kami tidak mahu terus kecewa di perlawanan penentuan tempat ketiga hari ini.
''Dengan kejayaan ini ia sekurang-kurangnya
meletakan nama kami dalam senarai kedudukan pingat," katanya ketika
ditemui.
Pada perlawanan semalam, Kedah
di depan seawal minit pertama menerusi jaringan pemain kebangsaan, Baddrol
Bakhtiar, disusuli ketua pasukan, Md. Hazwan Zainun minit kelapan dan minit
ke-25 oleh Mohd. Faiz Subri.
Perlawanan akhir bola sepak
Sukma XII akan menemukan penyandang juara, Terengganu dan Perlis di Stadium
Sultan Zainal Abidin, Gong Badak 8.45 malam ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4za9hhu61
© Utusan Melayu (M) Bhd