FAIZ kekal bersama Pulau Pinang.
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
PENDATANG baharu Liga Perdana,
Pulau Pinang boleh menarik nafas lega selepas tonggak tengahnya, Mohd Faiz
Subri dijangka akan kekal terus menyarung jersi skuad Harimau Kumbang untuk
musim 2018.
Perkembangan itu disahkan oleh
pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu yang
mengakui dia mahu terus kekal dengan pasukan berpangkalan di utara tanah air
berkenaan kerana mahu membantu pasukan terbabit kembali ke kancah Liga Super.
“Perkembangan terkini adalah
berkemungkinan besar saya akan terus kekal bersama Pulau Pinang untuk musim
depan.
“Tawaran pasukan lain itu memang
ada, tetapi buat masa ini, saya tetap memilih untuk kekal bersama Pulau Pinang
dan jika ada rezeki, saya mahu membantu mereka mara ke Liga Super semula,”
katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Faiz mengakui
saingan Liga Perdana pada musim 2018 bakal menjadi sengit sekali gus
mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang ringan cabaran yang akan
diharungi mereka nanti.
“Saingan Liga Perdana memang berbeza
dengan Liga Super, tetapi tekanannya kini hampir menyamai tekanan beraksi dalam
Liga Super. Jadi, kami harus bersedia sepenuhnya dan memberikan persembahan
yang terbaik,” katanya.
Sebagai rekod, skuad yang
dikendalikan Zainal Abidin Hassan pada musim ini menyertai saingan Liga Super
pada musim 2016 selepas mara secara automatik selaku naib juara Liga Perdana
2015, namun jodoh mereka hanya bertahan lama selama dua musim.
Musim 2017 menyaksikan Pulau
Pinang sekadar mengutip 12 mata daripada 22 perlawanan menerusi tiga
kemenangan, tiga seri dan 16 kali tewas selain mencetak 16 gol, namun dibolos
43 gol.
Kedudukan itu menyaksikan Harimau
Kumbang akhirnya tersingkir ke Liga Perdana bagi mengharungi musim 2018.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 25 Disember 2017 @ 6:07 PM