Selasa, 29 Disember 2020

'Rembatan Syahmi macam dalam video game'

MyMetroUtama



Firdaus Hashim

firdaushashim@nstp.com.my

BEKAS pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri percaya gol hebat yang dijaringkan bek kanan negara, Syahmi Safari mampu tersenarai dalam 10 jaringan terbaik dunia sepanjang tempoh 2018/2019 ini.

Menurut bekas pemain Pulau Pinang itu, gol yang dilakukan Syahmi ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF menentang Thailand pada Disember lalu sangat menarik dan mampu mencabar ratusan gol lain dari seluruh dunia.

Katanya, keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran membabitkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi amat luar biasa seolah-olah ia dihasilkan melalui permainan video.

Setiap pemain ada kelebihan tersendiri dan Syahmi juga ada keistimewaan, bahkan gol yang dijaringkan di Piala AFF itu nampak cantik dan tersusun macam orang main ‘video game’.

Saya harap gol itu tercalon dalam 10 terbaik sebelum ia mula diundi oleh penyokong seluruh dunia, kalau ada rezeki boleh masuk ke tiga teratas,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mencalonkan jaringan pemain muda Red Giants, Syahmi Safari ke anugerah berkenaan bagi tahun ini.

Jaringan terbabit dihasilkan pemain pertahanan itu dari luar kotak penalti pada minit ke-28 di Stadium Rajamangala, Bangkok yang menyaksikan skuad Harimau Malaya mara ke pentas akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan menerusi agregat 3-3.

Apa yang saya boleh kongsikan, Syahmi perlu sentiasa berdoa dan jaga diri dengan baik kerana selepas ini seluruh mata pasti akan terarah kepadanya.

Walaupun baru dicalonkan dan belum lagi memenangi anugerah itu, FAM secara tidak langsung mengiktiraf jaringannya itu sebagai antara yang terbaik daripada pemain tempatan,” katanya yang menjaringkan gol lencong luar biasa menerusi sepakan percuma ketika membantu Pulau Pinang membenam Pahang 4-1 di Stadium Bandaraya, pada 16 Februari 2016 lalu.

Pada Anugerah FIFA 2016 itu, Faiz mencipta sensasi apabila muncul pemain bola sepak Asia pertama yang merangkul gelaran Puskas di Zurich, Switzerland yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01 peratus) dan lain-lain (7.68 peratus).

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 7:30 AM

Isnin, 28 Disember 2020

Faiz Tiga Teratas Anugerah Puskas

MyMetroNode



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com

Kuala Lumpur: Jaringan ajaib pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya disenaraikan dalam tiga jaringan terbaik dunia dan berpeluang cerah untuk dinobatkan selaku pemenang bagi Anugerah Puskas 2016 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan FIFA sebentar tadi, Faiz bakal dicabar oleh dua lagi pesaing lain iaitu pemain tengah Corinthians, Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Keputusan itu juga menyaksikan dua bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Neymar terlepas untuk memenangi anugerah itu.

Sebelum ini, Faiz mencipta sejarah baru bola sepak tanah air apabila gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan dalam anugerah Puskas tahun ini.

Selain Messi dan Neymar, turut bersaing untuk merebut anugerah sempena nama penyerang legenda Real Madrid dan Hungary, Ferenc Puskas itu adalah Mario Gaspar dari Sepanyol, Hlompho Kekana (Afrika Selatan), Marlone (Brazil), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela), Saul Niguez (Sepanyol) dan Simon Skrabb (Finland).

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 8:59 PM

Faiz Subri sedia timbang tawaran ke Hungary

MyMetroArena



Dziyaul Afnan Abdul Rahman

sukan@hmetro.com.my

Kangar: Bekas pemenang Anugerah FIFA Puskas 2016, Mohd Faiz Subri bersedia mempertimbang tawaran sebagai jurulatih teknikal sukan teqball di Hungary pada tahun hadapan.

"Yang itu..(tawaran jurulatih teknikal sukan teqball) masih dalam perbincangan dan saya ingin fokus bola sepak dahulu untuk saingan tahun hadapan kerana masih ingin bermain bola sepak lagi.

"Berkenaan tawaran jurulatih sukan teqball itu juga, kalau ada rezeki..boleh dipertimbangkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Logo Baru Kelab Bola Sepak Northern Lions Football Club (NLFC) di sini.

Katanya, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui media dan segalanya masih di peringkat awal.

"Buat masa ini ia masih dalam perbincangan lagi kerana saya juga belum berurusan lagi dengan Persatuan Teqball Malaysia, jadi sekarang ini saya masih lagi menunggu keputusan mereka.

"Namun begitu, jika dapat tawaran mungkin saya akan pertimbangkan dahulu sama ada mahu pergi atau tidak," katanya.

Mohd Faiz berkata, komitmennya pada waktu ini adalah untuk menghidupkan semula karier bola sepaknya bersama NLFC yang terhenti disebabkan pandemik Covid-19 dan segala keputusan mengenai tawaran berkenaan juga akan dimaklumkan kepada pengurusan NLFC nanti.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa Faiz menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan bersedia mengubah haluan daripada seorang pemain bola sepak kepada bidang kejurulatihan.

Malah, Faiz dikatakan bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Persatuan Teqball Hungary.

Sementara itu, NLFC dijangka mengekalkan 30 peratus barisan pemain musim ini termasuk Mohd Faiz Subri bagi menghadapi saingan Liga M3 musim hadapan.

Presiden NLFC, Amran Hamid berkata, para pemain termasuk Mohd Faiz dijangka akan terus menabur bakti pada kelab bola sepak amatur yang berpangkalan di Kangar itu.

"Bagi saingan Liga M3 tahun hadapan, kita akan mengekalkan 30 peratus pemain musim ini untuk beraksi semula bersama NLFC dan ini termasuklah Mohd Faiz yang bertindak selaku pemain berpengalaman dalam kelab ini.

"Selain itu juga, NLFC juga akan terus dibarisi antara 70 hingga 80 peratus pemain tempatan yang rata-ratanya berasal dari Perlis," katanya.

Amran berkata, meskipun begitu pihaknya masih lagi meneliti barisan kejurulatihan yang akan mengendalikan pasukan ini bagi saingan Liga M3 itu.

Perjalanan skuad NLFC dalam Liga M3 pada musim ini hanya bertahan untuk dua perlawanan sahaja selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Amateur Football League (AFL) membatalkan saingan liga berkenaan berikutan pandemik Covid-19 yang berlaku.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 12:07 AM

Faiz tak kisah main di Liga M3

MyMetroTopic



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nak malu apa! Mungkin itu yang diluahkan bekas pemenang Anugerah Fifa Puskas 2016, Mohd Faiz Subri apabila mengakui tidak kisah beraksi dalam Liga M3 bersama Northern Lions Football Club (NLFC) musim depan.

Faiz, 33, yang dianggap bintang bola sepak negara berikutan kejayaan memenangi anugerah gol tercantik di Zurich, Switzerland akan membuat kemunculan semula dalam kancah liga tempatan dengan menjadikan liga divisyen tiga sebagai tapak kebangkitan.

Katanya, dia tidak kisah beraksi dengan NLFC di Liga M3 memandangkan persaingan untuk merebut tempat bersama pasukan di Liga Super dan Liga Perdana cukup sengit.

"Kita dapat tahu sekarang memang susah nak dapat pasukan, jadi dapat beraksi di liga bawah dah rasa bersyukur. Sebab kalau kita tengok pemain pun susah, kerana pasukan sekarang dah berkurangan dan pemain pula semakin ramai, dan pemain muda pun makin banyak.

"Jadi saya nak betul-betul kena berada pada tahap terbaik dan cuba kembali beraksi macam biasa dan cuba bangkit," katanya pada Majlis Projek Kasih Prihatin di Pulau Pinang, hari ini.

Dalam majlis itu, Faiz dijemput sebagai duta projek kebajikan bersama selebriti Cat Farish yang dianjurkan oleh Murtabak House Perda, The Parking Lot dan Puteri Ratu.

Menerusi program itu, Faiz dan ahli konvoi bergerak ke Georgetown untuk memberi bantuan makanan dan minuman kepada gelandangan di sekitar bandar itu.

Mengenai pembabitannya dalam program itu, dia gembira dapat menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan.

"Kita tolong setakat kita mampu walaupun kita tak seberapa. Janji matlamat dan gerak hati kita membantu golongan yang perlukan bantuan. Terima kasih kepada Murtabak House, Puteri Ratu dan Parking Lot, Alhamdulillah ia boleh membantu sikit," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2020 @ 11:22 PM

Rabu, 23 September 2020

2014-KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-0 TERENGGANU

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Keputusan masa pertama

Johor DT 1-0 Terengganu

m-16, m-74 Safiq Rahim. M- Asari Samsudin

m-22 Luciano Figueroa

PEMAIN JOHOR DT

22 AL HAFIZ HAMZAH

04 ASRARUDIN PUTRA

07 AIDIL ZAFUAN –K

08 SAFIQ RAHIM

16 SHAKIR SHAARI

17 AMRI YAHYA

19 LUCIANO FIGUEROA

20 NAZRIN NAWI

27 FADHLI SHAS

42 PYRERA DIAZ

44 MARCOS ANTONIO

PEMAIN GANTIAN

14 HARIS HARUN

09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA

21 JAZAZRIN

PEMAIN TERENGGANU

25 SHARBINEE ALAWEE

03 MUHAIMIN OMAR

05 VINCENT BIKANA

07 ZAIRO ANUAR ZALANI

08 ISMAIL FARUQI

10 NORFARHAN MUHAMMAD

11 AHMAD AZLAN ZAINAL

16 ZUBIR AZMI

18 NORDIN ALIAS

20 MARIO KARLOVIC

22 ASHARI SAMSUDIN

PEMAIN GANTIAN

04 MANAF MAMAT

23 FAIZ SUBRI

46 ESTUPINAN

Ahad, 23 Ogos 2020

Teori Faiz

 MyMetroArena

SAFAWI. FOTO Arkib NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

MENJARINGKAN gol lencong ketika diasak lawan lebih sukar daripada menyempurnakan sepakan percuma menerusi teknik sama.

Begitu kata pemenang Anugerah Puskas Fifa 2017, Faiz Subri mengenai jaringan penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Shandong Luneng, April tahun lalu, yang dicalonkan antara Gol Terbaik Sedekad ACL oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Faiz berkata, selain latihan konsisten, sepakan lencongan itu perlu berada pada waktu dan keadaan tepat sekali gus boleh menerjah gol dengan sempurna.

Menurutnya, Safawi antara pemain yang dilihat mempunyai keupayaan dalam mengawal seterusnya menjaringkan gol lencong bukan daripada sepakan percuma.

FAIZ. FOTO Arkib NSTP

FAIZ. FOTO Arkib NSTP

"Saya ada lihat jaringan Safawi itu dan apa yang boleh dikatakan dia mempunyai kelebihan untuk mengungguli penjaring gol terbaik sedekad ACL.


"Sudah tentu latihan secara konsisten mampu menghasilkan gol lencong dan ia adalah perkara membanggakan untuk industri bola sepak negara," katanya ketika dihubungi Arena Metro.


Sebelum ini, pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu, dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan ACL 2019.


Menurut AFC, jaringan yang dilakukan pemain kebangsaan itu sememangnya berkualiti dengan berada di kedudukan tepat untuk menyumbat gol.


"Gol yang sering diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak adalah jaringan daripada Safawi ketika menentang Shandong Luneng yang turut disenaraikan sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019," katanya.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 7:15 AM


Jumaat, 21 Februari 2020

Faiz masih belum berkarat

SUKAN»Bola
Selasa, 18 Februari 2020 | 8:50pm
 
Faiz bergelut mendapatkan kembali rentak permainan apabila tidak beraksi selama semusim. - Foto AFP
Faiz masih belum berkarat
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Faiz Subri menganggap jaringan yang dihasilkan ketika membantu pasukan NLFC-Mahsa ke pusingan pertama Piala FA sebagai titik permulaan positif membina kembali kerjayanya.

Kelab berstatus universiti itu menewaskan Kerteh FC 2-0 dalam aksi kelayakan yang berlangsung Ahad lalu menerusi jaringan Khairul Afandi Azaimi dan Faiz.

Faiz mengakui lega berjaya meledak gol pada minit ke-80 perlawanan selepas bergelut mendapatkan kembali rentak permainan apabila tidak beraksi selama semusim.

“Ini memang permulaan positif buat saya selepas menanti setahun untuk beraksi semula dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada.

“Ikutkan hati, memang rindu sangat nak turun padang dan bila dapat menjaringkan gol pada perlawanan pertama, memang saya berasa teruja dan ia akan jadi satu motivasi terbaik untuk saya perbaiki prestasi.

“Tapi, saya tidak boleh terlalu selesa kerana ini baru permulaan dan memang saya berazam untuk terus menjaringkan seberapa banyak gol yang termampu musim ini,” katanya.

Sebelum ini, Faiz yang pernah mewakili beberapa pasukan termasuk Pulau Pinang berehat semusim kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.

Selain itu, Faiz mengakui pasukannya perlu membentuk persefahaman yang lebih baik bagi mengharungi aksi seterusnya.

“Bagi pusingan pertama ini (menentang HARINI KS FC), kami tahu peluang 50-50 dan perlu berusaha mara ke pusingan kedua kerana misi pasukan untuk berentap dengan pasukan lebih hebat dari Liga Super atau Liga Perdana,” katanya.[i]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/02/656888/faiz-masih-belum-berkarat