Khamis, 11 Mac 2021

Faiz Subri sah milik KKFC

 SUKAN



Faiz Subri (tengah) bersama Adi Putra (kanan) selaku penaja utama selepas menandatangani kontrak bersama pasukan KKFC di Kuala Kangsar hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

Faiz Subri sah milik KKFC

Oleh AZIZAN HASHIM

5 Mac 2021, 11:45 pm

KUALA KANGSAR – Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC (KKFC) yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021.

Majlis menandatangani kontrak pemain itu diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar di sini malam ini.

Pemain berusia 33 tahun berasal dari Kedah itu menyertai KKFC kerana menerima tawaran dari kelab itu selain ingin beraksi dalam kancah Liga M.

Saya sedar tekanan yang saya pikul kerana pasti akan menjadi sandaran rakan sepasukan.

Apapun saya akan buat yang terbaik untuk membalas kepercayaan pegawai pasukan terhadap saya, “kata Faiz dalam sidang akhbar pada majlis menandatangani kontrak sebagai pemain KKFC di sini malam ini.

Menurut pemain itu, matlamatnya ialah membantu KKFC layak ke Liga Perdana musim hadapan.

Sementara itu, pengurus Pengurus KKFC, Datuk Shaharol Asafali berkata, pengambilan Faiz diharap dapat meningkatkan kemampuan pasukan.

Dengan pengalaman luas mewakili pasukan-pasukan Liga-M dia sudah pasti akan menjadi pembimbing dan semangat kepada pasukan .

Shaharol berkata, penampilan pasukan itu bukan bukan melepaskan batuk di tangga kerana KKFC serius mahu membuat impak dalam Liga-M.

Matlamat kami ialah untuk membanggakan warga Kuala Kangsar dengan membawa pasukan bertanding dalam Liga Super satu hari nanti,” katanya.SUMBER-K!ONLINE

Sabtu, 6 Mac 2021

Faiz Subri sah milik KK FC [METROTV]

MyMetroArena



Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Kangsar: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri akhirnya sah milik Kuala Kangsar FC (KK FC) bagi mengharungi saingan Liga divisyen tiga (Liga M3) musim 2021 yang dijangka bermula Jun ini.

Pengurus KK FC, Datuk Shaharol Asafali, berkata bagaimanapun penentuan sama ada bekas pemain Pulau Pinang berusia 34 tahun itu akan memimpin pasukan sebagai kapten masih belum ditentukan.

"Kriteria (menjadi) kapten akan kita nilai selepas tamat latihan. (Namun) sudah tentunya sebagai pemimpin di dalam dan luar padang, kita beri tanggungjawab kepada Faiz disebabkan pengalamannya yang bukan hanya memenangi (anugerah) Puskas.

"Malah pengalamannya bermain di negeri-negeri lain sebelum ini. Maka sudah tentu pengalaman beliau ditagih bukan hanya di padang, tetapi di luar padang, (khususnya untuk) membimbing pemain lebih muda," katanya dalam sidang media Majlis Perasmian Penaja KK FC dan tandatangan kontrak Faiz di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, malam semalam

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang juga Pengurus Besar KK FC, Abdul Aziz Yeop Jamaludin dan Pengarah Urusan Yayasan Hadi selaku penaja utama selain duta khas KK FC, Datuk Mohamed Hadi Putera Halim.

Difahamkan kontrak yang ditandatangani Faiz adalah bagi tempoh satu musim perlawanan.

Ditanya sebab memilih beraksi di liga amatur tempatan berbanding tawaran menjadi jurulatih teknikal sukan teqball di Hungary, Faiz berkata, tawaran KK FC yang kebetulan berlaku dalam tempoh sama menarik minatnya selain ingin kekal beraksi dalam liga tempatan.

"Tentang (tawaran) di Hungary, ia masih dalam perbincangan lagi, tidak benar-benar 100 peratus (ditawarkan) dan dalam masa sama saya dapat tawaran dari KK FC.

"Sasaran saya ingin lebih cepat naikkan KK FC ke Liga Perdana. Sebagai pemain bola sepak, tekanan memang akan ada jadi saya anggap ini mungkin cabaran baharu di tempat baru dan InsyaAllah saya akan buat yang terbaik.

"Soal dilantik sebagai ketua pasukan atau tidak, itu saya tidak mahu kata (ulas) lagi, saya serahkan sepenuhnya kepada 'coach' (jurulatih) kerana mereka yang akan menilai," katanya yang akan menyarung jersi bernombor 13 pasukan itu.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, sasaran sekurang-kurangnya 27 pemain terbaik diperlukan bagi penyenaraian pasukan itu ke Liga M3, dengan pemilihan pemain bagi fasa kedua berlangsung tiga hari bermula hari ini (semalam) membabitkan 46 pemain yang melepasi tapisan pertama.

"Majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain hanya akan dibuat dan diputuskan selepas Aidilfitri kelak. Venue untuk pertandingan adalah di Padang Mini Stadium Kuala Kangsar manakala padang USAS dijadikan padang latihan KK FC," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 11:16 AM