Jumaat, 20 Disember 2019

Hairan bola bertukar arah


Simpan Artikel
MyMetroNode
 
BERNAMA
Kuala Lumpur: Penjaga gol, Nasril Nourdin mengakui tergamam ketika sepakan percuma yang dilakukan finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri menerjah jaringnya.

Jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu pasukannya Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb tahun lepas.

Nasril yang kini bermain untuk Perlis berkata beliau berada di posisi yang tepat dan telah bersedia untuk menangkap bola itu sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah, membuatkan beliau terpaku.

"Saya sudah berada dalam kedudukan yang betul untuk menangkap bola itu tetapi entah bagaimana dalam sekelip mata bola itu bertukar arah dan menjunam di sebelah kiri gawang.

"Sepakan itu memang sesuatu yang menakjubkan kerana sepanjang karier saya belum pernah saya melalui situasi seperti itu. Saya yakin jaringan tersebut mampu memenangi Anugerah Puskas itu nanti," katanya kepada Bernama di sini.

FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com pada Disember lalu mengumumkan jaringan 'ajaib' Mohd Faiz tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas 2016.

Setakat 6 petang ini, video jaringan Mohd Faiz yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV di laman YouTube pada 21 Nov lepas telah ditonton 2,240,141 pelayar seluruh dunia. Jumlah tontonan tersebut jauh meninggalkan dua pesaing utama anugerah berkenaan iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (1,395,351 tontonan) dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela (1,089,102 tontonan).

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan ini berdasarkan undian peminat seluruh dunia.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 9:05 PM


Faiz terlepas pertahan Puskas


Simpan Artikel
MyMetroUtama
 
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemenang Anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri tidak terkilan meskipun gagal untuk berada dalam senarai calon merebut anugerah gol tercantik itu tahun ini.

Senarai 10 calon penjaring gol tercantik tahun ini sudah diumumkan Persekutuan Bolasepak Antrabangsa (FIFA) dan kali ini tiada calon dari Malaysia mahupun Asia berada dalam senarai itu.

Mereka yang dicalonkan adalah Kevin-Prince Boateng dari Ghana, Alejandro Camargo (Argentina), Deyna Castellanos (Venezuela), Moussa Dembele (Perancis), Olivier Giroud (Perancis), Aviles Hurtado (Colombia), Mario Mandzukic (Croatia), Oscarine Masuluke (Afrika Selatan), Nemanja Matic (Serbia) dan Jordi Mboula (Sepanyol).

Faiz, 29, mengakui berhajat untuk mempertahankan gelaran dimenangi di Zurich, Switzerland, Januari lalu, namun misi dia sebenarnya adalah untuk membantu kemenangan Pulau Pinang bagi kekal dalam saingan Liga Super.

“Memang saya berusaha juga untuk menjaringkan gol cantik tahun ini tapi tidak terlalu berharap kerana paling penting adalah gol untuk pasukan Pulau Pinang. Saya tidak kisah asalkan dapat jaring gol bantu pasukan.

“Agak mengecewakan sebab kedudukan Pulau Pinang ketika ini agak sukar untuk kekal dalam Liga Super tapi kami akan cuba lakukan yang terbaik dalam dua lagi perlawanan terakhir,” katanya yang hanya menjaringkan dua gol liga musim ini kepada Arena Metro.

Faiz melakar sejarah apabila muncul pemain Malaysia dan Asia pertama memenangi Anugerah Puskas selepas jaringan ajaibnya yang dikatakan melanggar hukum fizik mendapat undian tertinggi peminat bola sepak seluruh dunia.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu menjaringkan gol berkenaan ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu.

Faiz sudah menonton video 10 gol terbaik yang dicalonkan tahun ini dan dia memilih jaringan penjaga gol Baroka-Orlando Pirates Masuluke dan penyerang Arsenal Giroud untuk bersaing merebut trofi itu.

“Pada saya jaringan penjaga gol (Masuluke) dan Giroud paling menarik,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 4:00 AM

FAIZ SUBRI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

BIL
NAMA PEMAIN
UMUR
KAPS
GOL
KELAB/
NEGERI
1
Farhan Abu Bakar
22
0
0
HARIMAU
2
Badrul Hisyam Morris
28
0
0
T TEAM
3
Ramadhan Hamid
21
0
0
HAIMAU M
4
Faiz Subri
28
0
0
P PINANG
5
Adam Nor Azlin
19
0
0
HARIMAU M
6
Mohd Redzuan Suhaidi
20
0
0
P PINANG
7
Jasazrin Jamaluddin
29
0
0
JDT
8
Nurridzuan Abu Hassan
23
0
0
PERAK
9
Akram Mahinan
22
1
0
JDT II
10
Azrif Nasrulhaq
24
1
0
SELANGOR
11
Kumaahran Sathasivam
19
1
0
HARIMAU M
12
Che Rashid Che Halim
20
1
0
JDT II
13
Zamir Selamat
26
1
0
PERAK
14
Izham Tarmizi Roslan
24
2
0
JDT
15
Fazly Mazlan
21
2
0
JDT
16
Syahrul Azwari Ibrahim
22
2
0
HARIMAU M
17
Syamim Yahya
25
3
0
FELDA
18
Shahrul Saad
22
3
0
FELDA
19
Afiq Azmi
26
3
0
SELANGOR
20
Yong Kuong Yong
27
3
0
P PINANG
21
Matthew Davies
20
4
0
PAHANG
22
Christie Jayaseelan
29
4
2
FELDA
23
Junior Eldstal
24
4
0
JDT
24
Khairul Azhan Khalid
26
4
0
PAHANG
25
Nazirul Naim Che Hashim
22
4
0
HARIMAU M
26
Mohd Nasir Basharuddin
25
5
0
PERAK
27
Ismail Faruqi Asha'ri
29
5
0
TERENGGANU
28
Gopinathan Ramachandra
25
6
0
PAHANG
29
S. Chanturu
27
7
0
JDT
30
Nazrin Nawi
27
7
0
JDT
32
Hafiz Kamal
28
8
0
PAHANG
33
Joseph Kalang Tie
28
8
2
SARAWAK
34
Hazwan Bakri
24
8
3
SELANGOR
35
Ronny Harun
31
9
0
SARAWAK
36
Razman Roslan
31
9
0
PAHANG
37
Afif Amiruddin
31
10
0
POLIS
38
Gary Steven Robbat
23
11
0
JDT
39
Manaf Mamat
28
11
2
TERENGGANU
40
Nor Farhan Muhammad
30
15
0
KELANTAN
41
Wan Zack Haikal Wan Nor
24
16
3
KELANTAN
42
Amiridzdwan Taj Tajuddin
29
16
0
KELANTAN
43
Fakri Saarani
26
27
2
KELANTAN
44
Muslim Ahmad
26
31
0
POLIS
45
Zubir Azmi
24
31
0
TERENGGANU
46
Farizal Marlias
29
32
0
JDT
47
Azamuddin Akil
30
37
5
PAHANG
48
Baddrol Bakhtiar
27
38
5
KEDAH
49
Khairul Fahmi Che Mat
26
38
0
KELANTAN
50
Mahalli Jasuli
26
43
2
JDT
51
Fadhli Shas
24
44
0
JDT
52
Norshahrul Idlan Talaha
29
52
6
TRE
53
Indra Putra Mahayuddin
34
56
17
FELDA
54
Amri Yahyah
34
57
9
JDT
55
Aidil Zafuan Radzak
28
66
3
JDT
56
Kunanlan Subramaniam
29
67
0
JDT
57
Safiq Rahim
28
67
14
JDT
58
Safee Sali
31
73
23
JDT