Januari 2017
Oleh AHMAD
FAZLI MOHD. YADI
FAIZ
menunjukkan trofi Anugerah Puskas 2016 yang dimenanginya sebaik tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
PEMENANG
Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2015, Wendell Lira
dari Brazil mengingatkan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri agar
tidak terbuai dengan kejayaannya dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut
bagi musim 2016.
Menurut
Lira, seperti yang dilaporkan oleh agensi DreamteamFc.com, dia telah melalui
saat sukar sejak memenangi anugerah tersebut pada tahun 2015 kerana pengurusan
pasukan serta penyokong meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya untuk
sentiasa memberi sumbangan besar kepada pasukan.
Faiz
merupakan pemenang Anugerah Puskas FIFA bagi tahun 2016 pada majlis Anugerah
FIFA di Zurich, Switzerland kelmarin.
Menurut
Lira, 29, pengalaman yang dilaluinya sangat menyedihkan kerana berdepan tekanan
yang sangat tinggi sehingga menjejaskan prestasinya.
Akibatnya,
kontrak pemain itu telah ditamatkan oleh kelabnya, Vila Nova yang beraksi pada
Liga Brazil.
Dia dipecat
oleh kelabnya pada Mei 2016 dan selepas pemecatan tersebut dia membuat
keputusan untuk bersara dua bulan kemudian (Julai).
“Sejak
memenangi Anugerah Puskas pada tahun 2015, saya telah diberi tekanan dan
pasukan sentiasa mahukan saya menghasilkan jaringan menarik. Situasi tersebut
telah menyukarkan saya sehingga menjejaskan prestasi.
“Mungkin
tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anugerah tersebut telah memusnahkan
karier saya ekoran jangkaan yang terlalu tinggi daripada kelab dan para
peminat,” jelas Lira.
Dia turut
mengingatkan Faiz agar berhati-hati dan perlu kuatkan mental jika berdepan
perkara yang sama.
Lira sempat
menasihatkan Faiz dengan kata-kata ‘so, take note (Faiz) Subri, get yourself
into training asap or face the consequences’. (Awas (Faiz) Subri, teruskan
latihan segera atau anda akan berdepan kesukaran).
Lira
dinobatkan sebagai pemenang anugerah bagi tahun 2015 menerusi jaringannya
ketika membantu kelab lamanya, Goianesia menewaskan Atletico-Go 2-1 pada
November 2015.
Namun,
anugerah tersebut telah memberi tekanan kepadanya kerana pengurusan kelab
sentiasa mahukannya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang mereka lalui.
Lira yang
menyertai Vila Nova pada awal musim 2016 secara terbuka menyalahkan Anugerah
Puskas sebagai ‘pembunuh’ kariernya.
Anugerah
Puskas FIFA telah diperkenalkan pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang
menjaringkan gol paling cantik di dunia pada sesuatu tahun. – DreamteamFC.com.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4VXdKQvoL
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan