MUHAMMAD AMINURALIF MOHAMAD
ZOKI
3 JANUARI 2017
Solat hajat, doa rakyat
Malaysia untuk Faiz Subri Solat hajat diadakan untuk Mohd Faiz Subri di Masjid
Jamiul Jalal Wal Kamal semalam.
KARIAH Masjid Jamiul Jalal Wal
Kamal mengadakan solat hajat untuk pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri
bertempat di masjid ini petang semalam.
Solat hajat yang dihadiri
ratusan anak kariah ini pada awalnya juga turut dimeriahkan dengan konvoi
bermotosikal berkuasa tinggi bermula daripada Masjid Abdullah Fahim dan
seterusnya menuju ke masjid ini.
Pengerusi Masjid Jamiul Jalal
Wal, Kamal Khairul Fitri Kiraman berkata, solat hajat ini diadakan khas untuk
kesejahteraan Mohd Faiz Subri yang bakal berlepas ke Jerman untuk Anugerah Bola
Sepak Fifa di Zurich pada 9 Januari ini.
"Solat hajat diadakan khas
untuk memohon ke hadrat ALLAH supaya urusan Mohd Faiz dipermudahkan dan semoga
kejayaan akan menjadi miliknya dan milik semua rakyat Malaysia kelak,"
katanya.
Mohd Faiz Subri dijemput khas
untuk program kuliah asar yang diadakan di perkarangan parking masjid ini
sempena karnival cintai masjid.
Khairul Fitri berkata, Mohd
Faiz pergi bukan sekadar seorang pemain Pulau Pinang namun pada masa sama
sebagai seorang wakil negara yang julung-julung kalinya tercalon untuk anugerah
ini.
"Ini merupakan satu kejayaan
besar dimana seorang anak Malaysia bercaya tercalon untuk anugerah ini, pada
saya beliau sebagai ikon anak muda yang wajar dicontohi dan InsyaALLAH, kita
bersama doakan kejayaannya.
"Dan pada masa sama, kita
menjemput Mohd Faiz untuk bersama-sama turut serta dalam karnival ini dan
Alhamdulillah beliau hadir, dan kehadirannya itu ternyata memberi semangat
kepada anak muda di Pajak Song ini," katanya.
Solat hajat yang dihadiri
ratusan anak kariah itu dimulakan sebelum solat Asar dan seterusnya diikuti dengan
kuliah Asar yang diadakan di perkarangan masjid ini semalam.
Sumber- SINAR HARIAN 3 JANUARI
2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan