MUHAMMAD
SHAMSUL ABD GHANI
12 JANUARI
2017
TMJ Foto
Facebook JOHOR Southern Tigers
TUNKU
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan kepada pemimpin politik
supaya tidak mengambil kesempatan ke atas kemenangan Mohd Faiz Subri.
Ujarnya,
perkara ini sudah dijangkakannya, terutama mereka yang ingin menaikkan semula
nama mereka.
"Saya
telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan
mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang
ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum," katanya
yang lebih mesra disapa Tunku Ismail menerusi catatan terbaharu di laman Facebook Johor Southern Tiger.
[ARTIKEL
BERKAITAN: Jaringan langgar 'hukum fizik' menang!]
Mohd Faiz 10
Januari lalu berjaya meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(Fifa) 2016 yang di adakan di Zurich, Switzerland.
Beliau
berjaya mengalahkan dua lagi calon iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari
Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Gol
tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan
Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari tahun
lepas.
Anugerah
Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang
menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid
dari 1959 hingga 1966.
Sejak
diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik
sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya
Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Sumber-SINAR
HARIAN ONLINE 12 JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan