[VIDEO] Faiz
terima durian runtuh
KBS, FAM
sumbang insentif sebanyak RM150,000
ZAZALI
JAMIAN & MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI
| 12 Januari 2017 12:15
SEBAHAGIAN
penyokong yang setia menanti ketibaan Mohd. Faiz Subri kelihatan ceria di balai
ketibaan LTAPP, Bayan Lepas, semalam.
SEPANG 11
Jan. - Insentif berjumlah RM150,000 diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi satu perkhabaran gembira
buat pemenang anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri sewaktu tiba di tanah
air dari Zurich, Switzerland, hari ini.
Daripada
jumlah tersebut RM100,000 diberikan oleh KBS, manakala baki RM50,000 sumbangan
daripada FAM.
Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, insentif yang diberikan KBS itu
merupakan satu pembakar semangat kepada pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah
tersebut untuk terus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa pada
masa akan datang.
“Bagi pihak
kerajaan, saya mengucapkan ribuan tahniah kepada Mohd. Faiz, atas kemenangan
yang luar biasa ini.
Video oleh
AZMAN ASMAYATIM
“Ia adalah
kemenangan pertama Malaysia di peringkat dunia,” katanya dalam ucapan
penghargaan sebaik sahaja menyambut ketibaan Mohd. Faiz di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama isterinya, Norzawanis Hashim, 30 dan
dua orang anaknya, Akif Fayyad, 4, serta Aqil Zayyan, 8 bulan.
Sementara
itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah yang turut mengiringi Mohd
Faiz ke Zurich, memaklumkan insentif sebanyak RM50,000 yang diberikan pihaknya
adalah satu pengiktirafan badan induk itu terhadap Mohd. Faiz kerana membantu
menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Selain
menerima durian runtuh tersebut, Mohd. Faiz,30, turut menerima sijil
pengiktirafan daripada Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records,
Christopher Wong berikutan menjadi rakyat Malaysia pertama mendapat anugerah
daripada FIFA.
Mohd. Faiz
menerima pengiktirafan terbaik dalam kerjayanya itu selepas membuat jaringan
gol paling cantik sepanjang 2016, hasil keunikan sepakan percuma ketika
membantu pasukan Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari lepas.
Malah, dia
juga berjaya memahat sejarah sebagai pemain Asia pertama meraih anugerah
berprestij itu setelah mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo
da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Sementara
itu, di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),
Bayan Lepas bergema sorakan sebaik sahaja Mohd. Faiz tiba pukul 9 malam ini.
Kepulangannya disambut 500 penyokong Harimau Kumbang yang menunggu sejak petang
tadi.
Turut
menyambut ketibaan Mohd. Faiz, ibu bapanya, Subri Kader dan Sa’diah Ishak serta
lebih 20 ahli keluarga dari Air Hitam dan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau
Pinang (FAP).
sumber- See
more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-faiz-terima-durian-runtuh-1.430537#sthash.hj8a12Vc.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan