ROZAIDI
ZULKIFLI | 31 Januari 2017 12:18 AM
KUALA LUMPUR
30 Jan. – Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd. Faiz Subri membuktikan
jaringannya yang memenangi Anugerah Puskas di Zurich awal tahun ini sememangnya
bukan nasib atau gol ajaib apabila dua kali hampir melakukannya dalam dua perlawanan
Liga Super berturut-turut.
Pemain Pulau
Pinang itu hampir menjaringkan gol menerusi sepakan bebas jarak jauh ketika
menentang Selangor dan Perak sekali gus menepis tanggapan sesetengah pihak yang
mengatakan jaringan yang dilakukan ketika menentang Pahang pada 16 Februari
lalu dalam kempen Liga Super adalah kerana nasib.
Tidak pernah
menganggap kritikan itu sebagai satu perkara negatif, sebaliknya penyerang asal
Kedah itu menjadikannya sebagai pembakar semangat kepadanya dalam membina
kerjaya sebagai pemain profesional.
Malah, Faiz
berkata, dia sedar pasti peminat-peminat mengharapkan sesuatu yang lebih
daripadanya dan keadaan itu membuatkan dia berusaha lebih keras dan berlatih
dengan gigih untuk memperbaiki teknik sepakan bebasnya.
“Saya ada
terdengar orang kata, tendangan yang buat saya menang Anugerah Puskas adalah
nasib tetapi saya tidak kisah sangat. Kalau benda baik kita ambil, kalau benda
tidak elok kita cuba perbaiki.
“Sebagai
penyerang, saya sentiasa berlatih untuk mengambil sepakan bebas. Kadang kala
sepakan yang diambil menepati sasaran, kadang kala tidak.
“Tetapi
setiap kali mendapat peluang mengambil sepakan bebas, hasrat saya cuma satu
iaitu menghasilkan gol untuk pasukan namun buat masa ini saya masih belum dapat
menjaringkan gol,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Faiz, 29,
hampir mendapat gol pertamanya musim ini menerusi sepakan bebas pada minit
ke-24 ketika tewas 2-0 kepada Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang
pada 21 Januari lalu. Sepakan dari jarak kira-kira 30 meter itu tidak melayang
tinggi tetapi cukup untuk melepasi benteng Red Giants, sayangnya bola tersasar
sedikit di sebelah kiri.
Sepakan
bebasnya pada minit-minit terakhir ketika Harimau Kumbang tewas 1-0 kepada
Perak di Stadium Bandaraya hampir menyerupai jaringan uniknya tahun lalu
apabila bola melayang ke sebelah kiri sebelum melencong ke kanan. Penjaga gol
Perak, Muhamad Hafizul Hakim hampir tertewas namun sempat memperbaiki
kedudukannya untuk menepis bola yang kemudian mengenai palang dan melantun.
SUMBER- See
more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/faiz-subri-matlamat-saya-hanya-jaringkan-gol-1.438492#sthash.yepYuseq.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan