15 Januari
2017 12:06 AM
Ahmad RAZIF
ABDUL RAHMAN (duduk, tengah) bersama pasukan Terengganu
AHMAD RAZIF
ABDUL RAHMAN (duduk, tengah) bersama pasukan Terengganu ketika majlis
pelancaran jersi serta memperkenalkan pemain di Kompleks Sukan Negeri, Gong
Badak semalam.
KUALA
TERENGGANU 14 Jan. – Atlet di negeri ini khususnya pemain bola sepak perlu mencontohi
kegigihan serta kerja keras Mohd. Faiz Subri sehingga dikagumi di peringkat
antarabangsa setelah merangkul anugerah Puskas FIFA 2016 di Switzerland
baru-baru ini.
Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, komitmen tinggi pemain kelahiran
Kedah itu perlu dijadikan contoh oleh atlet lain untuk meraih kejayaan serta
kegemilangan peringkat tertinggi dalam bidang sukan.
Beliau yang
juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, atlet
terutama pemain bola sepak yang mewakili negeri ini perlu menjalani latihan
gigih sebagaimana semangat yang ditunjukkan Mohd. Faiz sebagai persediaan
menghadapi Liga Malaysia musim ini.
“Mohd. Faiz
begitu gigih dan bersemangat menjalani latihan membuat sepakan sehingga berjaya
memenangi anugerah Puskas di Switzerland tempoh hari sekali gus mengangkat
martabat bola sepak negara di peringkat dunia.
“Jadi kita
harap atlet kita khususnya dalam sukan bola sepak mencontoh semangat pemain itu
(Mohd. Faiz) jika kita ingin mencapai kejayaan, seterusnya menjadi juara musim
ini,” katanya.
Beliau
menyatakan perkara itu ketika berucap dalam majlis pelancaran jersi baharu dan
memperkenalkan pasukan bola sepak serta hoki Terengganu di Stadium Tertutup
Kompleks Sukan Terengganu di Gong Badak dekat sini hari ini.
Yang turut
hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee
dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi
Mamat.
Dalam sidang
akhbar selepas itu, Ahmad Razif juga menyasarkan salah sebuah pasukan sama ada
T-Team atau Terengganu FC akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke
negeri ini, musim ini.
Beliau turut
mengesahkan jumlah peruntukan untuk keperluan sukan di negeri ini tahun ini
khususnya bola sepak adalah lebih besar berbanding RM30 juta yang diperuntukkan
pada tahun lalu.
Dalam majlis
itu, sebanyak enam pasukan bola sepak dan sebuah pasukan hoki yang bakal
mewakili Terengganu musim ini diperkenalkan kepada tetamu serta para penyokong
yang hadir.
Pasukan-pasukan
itu ialah Terengganu FC, T-Team, Belia Terengganu FA, Piala Presiden Terengganu
FA, Piala Presiden T-Team FC dan skuad Hanelang selain skuad hoki, Terengganu
Hockey Team (THT).
sumber- See
more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/contohi-faiz-jika-ingin-bawa-pulang-piala-8211-mb-terengganu-1.431580#sthash.KdeftKgb.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan