03 Januari 2017 5:09 PM
Faiz Subri terima sepersalinan
baju Melayu daripada Ismma
PENGERUSI Institut Seni
Malaysia Melaka (Ismma), Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (baju melayu hijau)
membetulkan baju pemain bola sepak Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri dalam
majlis penyerahan pakaian tradisional itu di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini.
- UTUSAN ONLINE
PULAU PINANG 3 Jan. - Calon
anugerah Puskas, Mohd. Faiz Subri mendapat suntikan semangat terbaharu
menjelang majlis itu selepas menerima sepersalinan lengkap baju Melayu daripada
Institut Seni Malaysia Melaka (Ismma).
Penyerahan pakaian tradisional
lengkap dengan tanjak dan songket asli Melaka itu disempurnakan Pengerusi
Ismma, Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar di Bayan Baru di sini pukul 4.30
petang tadi.
Menurut Abdul Latiff, sumbangan
pakaian bernilai RM3,000 itu juga merupakan pengiktirafan terhadap kesungguhan
Mohd. Faiz untuk mengenakan busana tradisional Melayu itu di pentas
antarabangsa yang disifatkan sebagai semangat jati diri tinggi yang dimiliki
generasi muda. - UTUSAN ONLINE
Sumber-- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/faiz-subri-terima-sepersalinan-baju-melayu-daripada-ismma-1.427503#sthash.skt7RNzi.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan