BERNAMA
Kuala Lumpur: Kejayaan Mohd
Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 disaran agar dijadikan penyuntik
semangat untuk membawa sukan bola sepak negara ke tahap lebih tinggi.
Menyifatkan kejayaan tersebut
sebagai 'Panadol' kepada bola sepak negara, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada pemain tersebut.
"Saya fikir (kejayaan) itu
telah mengharumkan sedikit nama negara dan menjadi satu ‘Panadol’ kepada
prestasi bola sepak negara yang berada pada ranking yang terlalu jauh.
"Itu satu pencapaian yang
baik dan saya harap itu dapat melonjak semangat pemain-pemain bola sepak
profesional yang lain bahawa ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh
dicapai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kejayaan
seumpama itu boleh juga dicapai pemain tempatan lain jika mereka memperbaiki
mutu permainan masing-masing.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 10 January 2017 @ 12:56 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan