Jumaat, 30 Disember 2016

Kalah debaran nikah

 
FAIZ sekeluarga berbesar hati akan ke Zurich.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my 
Kuala Lumpu: Mohd Faiz Subri yang tercalon dalam senarai tiga finalis akhir Anugerah Puskas FIFA 2016 mengakui cukup teruja menantikan tarikh 9 Januari depan yang hanya berbaki 10 hari.

Dia yang akan berangkat ke Zurich, Switzerland bersama ahli keluarganya dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Januari, jam 10.15 pagi dan pulang ke tanah air, 11 Januari, jam 3.15 petang.


Katanya, debaran menghadiri anugerah itu semakin memuncak dan berharap mampu dinobatkan pemenang sekali gus muncul pemain Asia pertama memenangi anugerah itu.

“Semakin dekat tarikh anugerah, hati saya makin berdebar. Rasanya lebih berdebar daripada majlis pernikahan dulu, mungkin sebab harapan yang terlalu tinggi diletakkan di bahu saya.

“Namun saya tidak letakkan sasaran tinggi kerana tercalon dalam tiga senarai akhir ini sudah cukup baik,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Pada 2 Disember lalu, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan gol ajaib Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas bersama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Marlone dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Pemain Pulau Pinang itu tercalon melalui jaringan hasil tendangan percuma pada aksi Liga Super ketika pasukannya menentang Pahang di Stadium Bandaraya, Februari lalu.

Pada majlis itu nanti, Faiz bakal ditemani isteri Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan, lapan bulan.

Malah, pemergian mereka turut ditemani Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah dengan badan induk bola sepak negara itu sendiri menaja tiket penerbangan Faiz dan keluarganya.

Berkongsi persediaan keluarganya ke Zurich, Faiz mengakui bimbang mengenai cuaca sejuk di bumi Eropah ketika ini.

“Kami sekeluarga sudah mendapatkan baju sejuk bagi perjalanan ke sana. Maklumlah cuaca di sana tak sama dengan Malaysia, saya harap keadaan sejuk itu tidak menjejaskan kesihatan anak nanti,” katanya.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun dimenangi beberapa bintang dunia. antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar Jr dan James Rodriguez.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2016 @ 5:30 AM

Selasa, 27 Disember 2016

Tidak dapat pakai baju Melayu

Tidak dapat pakai baju Melayu
28 Disember 2016 12:05 AM
 Mohd. Faiz Subri
Mohd. Faiz Subri
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Calon anugerah Puskas, Mohd. Faiz Subri mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk memakai pakaian tradisional, baju Melayu di Zurich, 9 Januari depan kerana perlu menghormati kod pemakaian majlis anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu.
Kata Mohd. Faiz, biarpun sedikit kecewa tidak dapat memakai baju Melayu, namun dia tetap akan membawa pakaian tersebut ke Zurich dan berusaha mendapatkan pertimba­ngan terakhir penganjur ketika di sana bagi membolehkannya menyarung pakaian tradisional tersebut.
Tambah Mohd. Faiz, pihak FIFA menerusi jemputan rasmi telah memaklumkan kepadanya agar menyarung sut hitam pada majlis tersebut.
“Saya juga telah menempah suit yang ditaja oleh Kinslager dan kemungkinan besar akan memakai sut tersebut seperti yang diminta oleh penganjur berhubung kod pemakaian.
“Dalam masa sama saya juga akan membawa dua persalinan lengkap baju Melayu ke Zurich dan sekiranya dibenarkan untuk memakainya saya akan terus memakainya sekiranya tidak maka tiada apa yang boleh dilakukan selain menghormati permintaan penganjur FIFA,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mohd. Faiz mengimpikan untuk hadir di Zurich dengan mengenakan baju Melayu andai mendapat kebenaran FIFA selain akan bertutur dalam bahasa kebangsaan sekiranya memenangi anugerah Puskas tersebut.
Ketika ini, Mohd. Faiz memberitahu persiapannya untuk majlis tersebut berjalan lancar dan memaklumkan akan bertolak ke Zurich pada 8 Januari 2017.
“Persiapan telah dibuat dan itu membuatkan saya lebih tenang sekali gus dapat memberikan fokus kepada persediaan bersama Pulau Pinang untuk menghadapi musim baharu,” kata Mohd. Faiz.
Pada 9 Januari ini, Mohd. Faiz akan bersaing de­ngan dua lagi calon iaitu Marlone dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tidak-dapat-pakai-baju-melayu-1.425095#sthash.2lycC7Rm.dpuf

Isnin, 26 Disember 2016

Faiz Subri harap sokongan peminat bola sepak

26 DISEMBER 2016
Faiz Subri
Faiz Subri Jaringan Faiz dalam YouTube yang disiarkan oleh FIFATV.
GOL menarik Mohd Faiz Subri yang dimuat naik di YouTube oleh FIFATV kini mencecah lebih dua juta tontonan.

Setakat 12.30 tengah hari ini, video tersebut yang dimuat naik pada 21 November‎ lepas terus mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila ditonton 2,161,006 pelayar Internet.

Bercakap kepada Bernama, pemain Pulau Pinang yang tercalon dalam senarai tiga terakhir untuk Anugerah Puskas FIFA itu berharap terus mendapat sokongan peminat bola sepak untuk mencipta sejarah sebagai pemain dari benua Asia pertama merangkul anugerah itu.

Dua pemain lain ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela. Gol jaringan Marlone yang dimuat naik oleh FIFATV itu ditonton sebanyak 1,361,047 pelayar manakala Danisuka (1,061,741), setakat tengah hari ini.

Bagaimanapun Mohd Faiz, anak jati Ayer Hitam, Kedah itu berpendapat semua calon akhir untuk anugerah itu masih mempunyai peluang sama rata untuk meraih anugerah berkenaan.

"Sekarang ini terpulang kepada undian, siapa yang dapat undian tertinggi akan menang anugerah itu," kata Mohd Faiz.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - Bernama

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 26 DISEMBER 2016

[VIDEO] Gol cantik Mohd. Faiz ditonton 2 juta penonton

26 Disember 2016 5:26 PM
MOHD. FAIZ SUBRI
MOHD. FAIZ SUBRI
KUALA LUMPUR 26 Dis. Gol menarik Mohd. Faiz Subri yang dimuat naik di YouTube oleh FIFATV kini mencecah lebih dua juta tontonan.
Setakat 12.30 tengah hari ini, video tersebut yang dimuat naik pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila ditonton 2,161,006 pelayar Internet.
Bercakap kepada Bernama, pemain Pulau Pinang yang tercalon dalam senarai tiga terakhir untuk Anugerah Puskas FIFA itu berharap terus mendapat sokongan peminat bola sepak untuk mencipta sejarah sebagai pemain dari benua Asia pertama merangkul anugerah itu.
Dua pemain lain ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Gol jaringan Marlone yang dimuat naik oleh FIFATV itu ditonton sebanyak 1,361,047 pelayar manakala Danisuka (1,061,741), setakat tengah hari tadi.

Bagaimanapun Mohd. Faiz, anak jati Ayer Hitam, Kedah itu berpendapat, semua calon akhir untuk anugerah itu masih mempunyai peluang sama rata untuk meraih anugerah berkenaan.
"Sekarang ini terpulang kepada undian, siapa yang dapat undian tertinggi akan menang anugerah itu," kata Mohd. Faiz.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan.
Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Rakyat Malaysia boleh mengundi Mohd. Faiz melalui pautan Puskas di sini. - BERNAMA

Sumber-- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/video-gol-cantik-mohd-faiz-ditonton-2-juta-penonton-1.424667#sthash.zqZR777R.dpuf

Jumaat, 23 Disember 2016

FAM yakin Faiz mampu menang

 
FAIZ (kanan) terima Anugerah Penghargaan Khas.

myMetro
Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya arena bola sepak tanah air akan melakar satu lagi sejarah apabila pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri kini berpeluang cerah memenangi Anugerah Puskas 2016.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan dengan mengundi jaringan ajaib Faiz itu yang kini dalam senarai finalis anugerah berkenaan.

“Meskipun saingan kancah bola sepak tempatan sudah berakhir, namun warna kegemilangannya masih belum lagi padam kerana kita masih menunggu debaran pada tarikh 9 Januari ini di mana Faiz Subri bersaing di Anugerah Puskas anjuran FIFA.


“Marilah kita sama-sama mendoakan agar pemain daripada negara kita dapat meraih anugerah terbabit dan saya mengharapkan rakyat Malaysia terus mengundi jaringan itu bagi memastikan impian kita dapat menjadi kenyataan,” katanya pada pembukaan Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 di sini, malam tadi.

Sepakan percuma yang ‘melanggar hukum fizik’ dilakukan Faiz ketika aksi Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang kini mendahului jumlah tontonan di laman Youtube rasmi badan induk bola sepak antarabangsa itu.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan FIFA pada pusingan pertama, Faiz bakal dicabar oleh dua lagi pesaing lain iaitu pemain tengah Corinthians, Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk merebut anugerah jaringan tercantik di Zurich Switzerland pada 9 Januari depan.

Sementara itu, Afandi turut mengharapkan agar kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) terus melakar sejarah dengan menjadi pasukan tempatan pertama layak beraksi peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) tahun depan.

“Tahniah kepada Johor DT kerana menjadi juara Liga Super buat kali ketiga berturut-turut dan merangkul Piala Sumbangsih serta Piala FA.

“Mereka sekali lagi akan mewakili negara ke pusingan kelayakan ACL dan kami mendoakan agar JDT dapat melepasi pusingan kelayakan ini dan menjadi pasukan Malaysia pertama beraksi di saingan itu,” katanya.

Johor DT sebelum ini muncul pasukan Asia Tenggara pertama memenangi Piala AFC tahun lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 5:20 AM

FAM taja tiket Faiz Subri, isteri dan dua anak ke Zuric

15 DISEMBER 2016
 Mohd Faiz Subri
Mohd Faiz Subri Faiz Subri. - Foto Official Website of Penang Football Association
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 pada 9 Januari depan.

Setiausaha Agung FAM, VDatuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan untuk isteri pemain Pulau Pinang itu, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

Mereka akan ditemani Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah ke majlis anugerah berkenaan.

"Penajaan tiket penerbangan itu adalah sebagai menghargai kejayaan Mohd Faiz mencipta sejarah menjadi pemain pertama Malaysia tercalon bagi anugerah tahunan gol tercantik iaitu Anugerah Puskas FIFA," kata Hamidin menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, FAM juga sudah menerima surat rasmi daripada FIFA berhubung butiran lengkap aktiviti dan program sepanjang majlis anugerah berkenaan.

Pada 2 Disember lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan

gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas bersama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Marlone, 24 dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar Jr dan James Rodriguez. – Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 15 DISEMBER 2016

Debaran Anugerah Bola Sepak Fifa mula terasa

23 DISEMBER 2016
 Faiz Subri
Faiz Subri Faiz Subri
DEBARAN Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 yang  menyaksikan jaringan ajaib Mohd Faiz Subri tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Puskas, sudah mula dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Berbaki 17 hari sebelum anugerah yang dijadual berlangsung pada 9 Januari depan, gol yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' jaringan penyerang Pulau Pinang itu terus mendapat perhatian dan sokongan warga netizen di media sosial.

Rata-rata netizen tidak putus meluahkan rasa bangga dan berharap anugerah tersebut menjadi milik beliau sekali gus mencipta sejarah menjadi warga Asia pertama memenangi anugerah tersebut.

Seorang pengguna aplikasi Twitter, @RichmanHazim berkata, "Tinggal 3 minggu sebelum Anugerah Fifa 2016, tak sabar nak melihat gol Faiz Subri diumumkan sebagai juara. Sangat bangga!".

"Faiz Subri adalah kebanggaan Malaysia, marilah kita beramai-ramai mendoakan kejayaan beliau di anugerah Fifa 2016 nanti" demikian kata Siti Norasah Ahmad dalam entri akaun Facebooknya.

Rata-rata netizen juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengundi Mohd Faiz bagi membolehkan beliau meraih anugerah tersebut.

Seorang lagi pengguna aplikasi Twitter, @dayangsuhana_ berkata, "There are three finalists and Faiz Subri is one of them. Come on Malaysian, do something for your country!".

Sementara itu, Jeff Pittz dalam entri akaun Facebooknya berkata "Hurry!, Just a few more days to couting...let's vote for that great goal by our hero, Faiz Subri".

"C'mon guys! undi saudara Faiz Subri ni. Saya nak tengok beliau dengan bangganya cakap melayu di pentas antarabangsa," demikian tweet @Ghazikhayat.

Gol ajaib Mohd Faiz itu bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak tempatan, malah turut membuka mata peminat bola sepak seluruh dunia, ia dibuktikan apabila video gol pencalonan tersebut di laman YouTube terus mendahului dua pesaing utamanya.  

Setakat 2.30 petang ini, video tersebut yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,137,908 pelayar seluruh dunia.

Jumlah tersebut jauh meninggalkan dua pesaing utama yang bersaing untuk anugerah berkenaan iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (1,351,227 tontonan) dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela (1,053,840 tontonan).

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi Fifa, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan. - Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23 DISEMBER 2016

Khamis, 22 Disember 2016

Faiz harap dapat bawa keluarga ke Zurich

 RABU, 7 DISEMBER 2016 @ 5:49 PM
Oleh Azidan Nahar azidan@bh.com.my CALON Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri. - Foto Danial Saad KUALA LUMPUR: Calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri berharap akan dapat membawa keluarganya bagi menghadiri Malam Anugerah Bola Sepak, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Mohd Faiz yang sudah tersenarai dalam tiga calon terakhir, berkata setakat ini dia masih menanti perkembangan terkini daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya masih menantikan perkembangan mengenainya (ke Zurich), mungkin minggu depan ada berita terbaharu," katanya ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi. Bagaimanapun Mohd Faiz berkata, jika diberi peluang dia mahu membawa isteri serta dua anaknya yang masing-masing berusia empat tahun dan tujuh bulan.

 "Ingat nak bawa keluarga tetapi semuanya bergantung kepada perancangan FAM dan FAP, saya perlu lihat dulu bagaimana," katanya. Mohd Faiz, 29, menjadi pemain Asia pertama tersenarai dalam tiga calon terakhir anugerah berkenaan dan calon ketiga dari Asia disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas sejak 2009.

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti seorang lagi pemain Jepun, Hisato Sato pada 2014.


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221274

Tontonan video jaringan Faiz jauh atasi Marlone

KHAMIS, 8 DISEMBER 2016 @ 3:35 PM
 
KUALA LUMPUR: Jumlah penonton rakaman video jaringan ajaib pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di laman YouTube, hari ini terus meningkat dan jauh mendahului jumlah tontonan dua lagi pencabar Anugerah Puskas 2016. Sehingga 2 petang tadi, video sepakan percuma Faiz yang dianggap melanggar hukum fizik itu sudah mencapai jumlah 1,948,058 tontonan, peningkatan 31,073 tontonan berbanding semalam.

Ia jauh mengatasi dua pencabar utamanya, Marlone dari Brazil di mana video jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,249,829 tontonan berbanding semalam.

Seorang lagi calon yang pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez masih belum mencapai sejuta tontonan iaitu 971,312 dengan proses undian akan terus berjalan kira-kira lebih sebulan. Jaringan Faiz tersenarai selaku tiga calon akhir bagi anugerah berprestij terbabit dengan pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Faiz, 29, menjadi pemain Asia ketiga dan pertama daripada Asia Tenggara disenaraikan pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas. Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti Hisato Sato dari Jepun pada 2014.

Sebagai rekod, Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966. Peminat boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221609

2 juta tonton gol ajaib Faiz di YouTube

ISNIN, 12 DISEMBER 2016 @ 1:17 PM
 
KUALA LUMPUR: Jumlah tontonan video jaringan ajaib Mohd Faiz Subri di laman YouTube yang dicalon bagi anugerah berprestij, Puskas akhirnya mencecah lebih 2 juta, hari ini. Menjelang hari pengumuman anugerah terbabit pada 9 Januari depan, gol yang disifatkan pengkritik bola sepak ternama dunia melanggar hukum fizik itu terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,004,347 setakat 12 tengah hari tadi.

Bilangan tontonan itu jauh meninggalkan dua pencabar utama iaitu Marlone dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Marlone yang menghasilkan jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,278,205 tontonan.

Sementara itu, video jaringan rasmi Daniuska Rodriguez masih belum mencecah 1 juta tontonan daripada peminat dari seluruh dunia untuk keseluruhan 992,193 tontonan. Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966. Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland. Faiz, 29, menjadi pemain Asia ketiga dan pertama daripada Asia Tenggara disenaraikan pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas.

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti Hisato Sato dari Jepun pada 2014. Peminat boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html Pautan laman Youtube Faiz di https://youtu.be/4lRTLRCuGkE

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/223046

Jaringan Faiz penyelamat bola sepak


 

22 Disember 2016 12:10 AM
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tahun 2016 merakamkan lebih banyak kenangan pahit berbanding manis dialami bola sepak tempatan, sama ada di peringkat domestik mahupun di pentas antarabangsa.
MOHD. FAIZ SUBRI akan berada di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan setelah jaringannya terpilih dalam senarai tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas.
Persaingan Liga Malaysia menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kejuaraan mereka untuk kali ketiga berturut-turut manakala Melaka United muncul juara Liga Perdana dan Piala FAM menjadi milik Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).
Bagaimanapun, belum sempat tahun 2016 melabuhkan tirainya sudah ada beberapa pasukan yang berkemungkinan menarik diri disebabkan masalah kewangan antaranya Kelantan, Perlis serta Selangor manakala DRB Hicom terlebih dahulu mengambil langkah tersebut.
Arena bola sepak tempatan terus dihimpit kontroversi apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan hasrat melepaskan jawatan sehingga memaksa barisan exco membuat pemilihan yang baharu dalam Kongres FAM ke-53 pada tahun depan.
Antara calon yang dikaitkan sebagai pengganti adalah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa serta tokoh korporat terkemuka negara Datuk Seri Idris Jala.
Bagaimanapun Tunku Ismail tidak berminat untuk bertan­ding dalam Kongres FAM ke-53, sebaliknya mencadangkan nama Pengerusi Jawatankuasa Intergriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat sebagai calon.
Sebelum itu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail menggemparkan negara dengan dakwaan beliau memiliki pemacu pena mengandungi pelbagai maklumat mengenai penyelewengan dan salah laku dalam FAM sepanjang tempoh 30 tahun.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menyiasat kandungan pemacu pena itu kemudian mengesahkan segala dokumen di dalamnya hanyalah laporan me­ngenai program pembangunan yang dilaksanakan oleh FAM.
Di pentas antarabangsa, pencapaian Harimau Malaysia yang terkandas di peringkat kumpulan kejohanan Piala AFF telah membuatkan FAM dikritik semakin hebat.
Namun, penyokong masih mempunyai harapan untuk meraikan sesuatu apabila pemain Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri tersenarai ke dalam tiga calon akhir untuk memenangi anugerah Puskas FIFA pada tahun ini hasil jarigan uniknya.
Keputusan untuk pemenang jaringan tercantik itu bakal diumumkan pada 9 Januari depan.

Sumber-- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jaringan-faiz-penyelamat-bola-sepak-1.422740#sthash.IGHTVSiL.dpuf

Isnin, 19 Disember 2016

Faiz terus memukau

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
10 DISEMBER 2016
  Mohd Faiz Subri
 Mohd Faiz Subri Mohd Faiz bersama isterinya, Nor Zawanis Hashim dan anaknya, Muhammad Aqil Zayyan melihat laman sesawang Fifa pada skrin komputer riba setelah namanya disenaraikan menjadi tiga calon akhir Anugerah Puskas Fifa tahun ini.
PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan yakin peminat bola sepak seluruh dunia akan memilih Mohd Faiz Subri sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016 pada 9 Januari depan.

Keyakinan Sathianathan berdasarkan sambutan video jaringan ajaib Mohd Faiz yang kini mencecah tontonan 1,960,400 di laman YouTube sehingga jam 4 petang semalam.

Walaupun jumlah tontonan berkenaan tidak membayangkan siapa yang akan menang, namun Sathianathan percaya ia memberi petanda bahawa Mohd Faiz telah mendapat tempat di hati peminat tidak kira di Malaysia mahupun dunia.

“Memang jumlah tontonan di YouTube tidak boleh diambil kira, tapi melihat sambutan itu saya rasa pengundi di sana telah terpukau dengan kehebatan Faiz.

“Ia satu sepakan percuma ajaib paling cantik dan jaringan itu ada kelas tersendiri, setaraf dengan gol pemain-pemain hebat dunia. Ya, tidak mustahil gol itu dipilih sebagai yang terbaik.

“Apa pun, sama-sama kita berdoa agar jumlah tontonan itu akan sama dengan undian yang dibuat dan Faiz dapat merangkul anugerah itu,” katanya.

Nama pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu terus bermain di bibir peminat bola sepak tempatan selepas dia terpilih dalam tiga calon utama akhir untuk memenangi anugerah itu.

Peminat boleh terus membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html.

Sebagai rekod, Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.

Senarai pemenang anugerah puskas

2009- Cristiano Ronaldo (Portugal)
2010 - Hamit Altintop (Turki)
2011 - Ne ymar Jr (Brazil)
2012 - Miroslav Stoch (Slovakia)
2013 - Zlatan Ib rahimovic (Sweden)
2014 - James Rod riguez (Colombia)
2015 - Wendell Lira (Brazil)
2016 - mohd Faiz Subri?
SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE  10 DISEMBER 2016

Ahad, 18 Disember 2016

Gol cantik Mohd Faiz dahului pencabar

 
KUALA LUMPUR: Jumlah penonton rakaman video jaringan ajaib pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di laman YouTube, mencecah lebih 2 juta tontonan ketika saingan untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 tinggal hanya 22 hari lagi.

Dengan pemenang akan diumumkan pada Malam Anugerah Bola Sepak FIFA, 9 Januari ini, jaringan Mohd Faiz terus mendapat sokongan penyokong bola sepak dunia apabila ditonton 2,091,228 pelayar setakat jam 12 tengah malam tadi.

Bilangan tontonan itu sudah cukup membuktikan betapa jaringan penyerang Pulau Pinang itu menjadi pilihan di seluruh dunia dengan jauh meninggalkan dua pencabar utama iaitu Marlone dari Brazil dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Marlone yang menghasilkan jaringannya ketika membantu Corinthians mengatasi Cobresal 6-0 dalam aksi Copa Libertadores 2016 kekal di tempat kedua dengan ditonton sebanyak 1,326,851 tontonan.

Sementara itu, video jaringan rasmi Daniuska pula kian mengejar Marlone apabila penyerang Venezuela itu berjaya menarik 1,033,581 tontonan dan dijangka dapat menghampiri jumlah tontonan penyerang Brazil itu ketika hari-hari terakhir pengundian.

Mohd Faiz, 29, muncul pemain Asia pertama dicalonkan dalam senarai tiga jaringan terakhir selepas mengenepikan pemain terbaik dunia Lionel Messi dan Neymar. Anugerah Puskas FIFA dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.

 Peminat masih boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html Info Setakat jam 12 tengah malam tadi Mohd Faiz 2,091,228 tontonan Marlone 1,326,851 tontonan Daniuska 1,033,581 tontonan

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224901

Mohd Faiz dapat tajaan pakaian ke majlis FIFA

AHAD, 18 DISEMBER 2016 @ 5:52 PM
 
FAIZ menerima penajaan pakaian 'suit' bagi menghadiri Malam Anugerah Bola Sepak Persekutuan, Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 9 Januari depan. - Foto Danial Saad KUALA

LUMPUR: Calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri, menerima penajaan pakaian 'suit' bagi menghadiri Malam Anugerah Bola Sepak Persekutuan, Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 9 Januari depan.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FA Penang) sebentar tadi, penyerang Pulau Pinang itu kini berada di ibu negara untuk sesi mengambil ukuran untuk pakaian berkenaan.

"Calon akhir ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016, Faiz Subri hari ini berada di ibu negara untuk sesi ukuran bagi tajaan pakaian suit dari Kinslager untuk majlis itu kelak. "Tajaan pakaian ini adalah dari hasil usaha gigih yang dilakukan oleh unit pemasaran Persatuan Bolesepak Pulau Pinang mencari tajaan setelah mendapat berita mengenai kejayaan Faiz tercalon ke peringkat akhir," menurut kenyataan FA Penang.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan menaja tiket penerbangan kelas perniagaan kepada isteri Mohd Faiz, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

Sebelum itu, Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan memberikan kurniaan sebanyak RM15,000 di atas kejayaannya berada dalam kelompok tiga calon terbaik Anugerah Puskas 2016.


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/225070

Sabtu, 17 Disember 2016

Keluarga Faiz ke Zurich

 
Faiz bersama isteri dan anak sulungnya. FOTO HM
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan akan menaja tiket penerbangan isteri dan dua anak pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ke Majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penajaan itu sebagai menghargai kejayaan Faiz tersenarai dalam tiga finalis bagi merebut Anugerah Puskas FIFA 2016 berbesar hati untuk menaja perjalanan keluarganya.


"Persatuan akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan (business class) kepada isterinya, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4 dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

"Selain isteri dan dua anaknya, Faiz akan turut ditemani wakil daripada FAM iaitu Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah untuk bersama-sama ke majlis anugerah di Zurich itu," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Mereka dijadual akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Januari (Ahad) jam 10.15 pagi dan dijangka tiba semula di tanah air pada 11 Januari (Rabu) jam 3.15 petang.

Faiz, 29, sebelum ini mencipta sensasi apabila gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan dalam anugerah Puskas tahun ini.

Gol m-62 itu yang dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ berjaya mencuri perhatian serata dunia selepas menjadi viral di laman sosial.

Malah kejayaan melepasi pusingan pertama membabitkan 10 pencalonan lain bagi anugerah berkenaan sebelum ini meletakkan dirinya pada posisi terbaik memenangi gelaran itu.

Untuk undian pusingan terakhir itu Faiz turut dicabar dua lagi finalis lain iaitu pemain kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone dan pemain remaja wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

"Persatuan ingin sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada Faiz. Buat para peminat bola sepak di seluruh dunia khususnya di Malaysia, teruskan mengundi di fifa.com/Puskas sehingga 9 Januari 2017 bagi memastikan satu lagi sejarah akan tercipta dengan Faiz muncul pemain pertama dari Malaysia dinobatkan sebagai pemenang," katanya

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 4:56 PM

FAM taja tiket Faiz ke Zurich

 
FAIZ (kiri) bersama keluarga akan berlepas ke Zurich pada 8 Januari depan.

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan akan menaja tiket penerbangan isteri dan dua anak pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri ke Majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sebagai menghargai kejayaan Faiz tersenarai dalam tiga calon akhir bagi merebut Anugerah Puskas FIFA 2016, badan induk kebangsaan itu berbesar hati untuk menaja perjalanan keluarganya.

“Persatuan akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan (business class) kepada isterinya, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.


“Selain isteri dan dua anaknya, Faiz akan turut ditemani wakil FAM iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah untuk bersama-sama ke majlis anugerah di Zurich itu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mereka dijadual berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Januari (Ahad) jam 10.15 pagi dan dijangka tiba semula di tanah air pada 11 Januari (Rabu) jam 3.15 petang.

Faiz, 29, sebelum ini mencipta sensasi apabila gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan dalam Anugerah Puskas tahun ini.

Gol pada minit ke-62 itu yang dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ berjaya mencuri perhatian serata dunia selepas menjadi viral di laman sosial.

Malah, kejayaan melepasi pusingan pertama membabitkan 10 pencalonan lain bagi anugerah berkenaan sebelum ini meletakkan dirinya pada posisi terbaik untuk memenangi gelaran itu.

Untuk undian pusingan terakhir, Faiz turut dicabar dua lagi finalis lain iaitu pemain kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone dan pemain remaja wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

“Persatuan ingin sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada Faiz. Buat para peminat bola sepak di seluruh dunia khususnya di Malaysia, teruskan mengundi di fifa.com/Puskas sehingga 9 Januari 2017 bagi memastikan satu lagi sejarah akan tercipta dengan Faiz muncul pemain pertama dari Malaysia dinobatkan sebagai pemenang,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2016 @ 5:52 AM